Skip to main content

Hiburan

David Beckham Dapat Enam Ekor Ayam Sebagai Hadiah Ulang Tahun

Astrogempak DAVID

Sekilas

  • David Beckham menerima hadiah ulang tahun ke-51 berupa enam ekor ayam unik daripada isteri dan anak-anaknya yang mencuri perhatian di media sosial.
  • Anak-anak Beckham, Romeo, Cruz, dan Harper, berkongsi ucapan manis dan penghargaan terhadap ayah mereka di platform media sosial.
  • Beckham kini gemar berkebun dan memelihara ayam, aktiviti yang sering dikongsi olehnya walaupun keluarga menghadapi konflik dengan anak sulung, Brooklyn.

David Beckham mungkin telah memiliki hampir semua kemewahan hidup berkat kejayaan sebagai atlet bola sepak legenda dan kekayaan yang dikongsi bersama isteri, Victoria Beckham.

Justeru saat dirinya diberi hadiah enam ekor ayam yang diisi dalam dua kotak sempena sambutan ulang tahun ke-51 baru-baru ini, perkongsian tersebut telah mencuri perhatian di media sosial.

Difahamkan enam ekor ayam yang cukup unik dan ‘cantik’ itu diberikan Victoria bersama anak-anaknya iaitu Cruz, Romeo dan Harper.

Bekas kapten pasukan England itu dilihat cukup teruja saat membawa dua kotak hadiah ulang tahunnya yang cukup bermakna sebelum sangat teruja mengeluarkan ‘ayam-ayam’ yang diberikan seperti yang dilihat dalam media sosial milik Victoria.

Romeo pula berkongsi momen manis itu di Insta Story dengan menulis: “Happy birthday dad love you so much thank u for everything you do” dan “my best mate”.

Seorang lagi anak lelakinya, Cruz dan anak perempuannya, Harper menyifatkan Beckham sebagai ayah terhebat di dunia.

“Saya tidak meminta idola yang lebih baik daripadanya. Anda selalu ada dan akan sentiasa bersama saya dalam apa juga keadaan. Semoga menikmati tahun yang baik kerana anda layak memilikinya,” tulis Cruz.

Diketahui, Beckham kini gemar menghabiskan masa dengan berkebun dan memelihara ayam. Dia sering berkongsi aktivitinya di kebun dan bersama haiwan peliharaannya.

Sebelumnya, Beckham berkongsi foto dirinya bersama kek ulang tahun dan diraikan keluarga kecuali anak sulungnya, Brooklyn selepas terlibat dengan konflik kekeluargaan yang mengejutkan dunia.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement