Skip to main content

Hiburan

Dayah Bakar Terkilan Ada Pihak Persoal Perjuangan Aktivis GSF - “Saya Rasa Sangat Marah…”

sumud

Pengacara, Dayah Bakar meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang yang mempersolkan perjuangan sukarelawan yang menyertai Global Sumud Frotilla (GSF).

Menurut Dayah, dia berasa marah dan sedih apabila ada segelintir individu memperlekehkan usaha para sukarelawan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi kemanusiaan.

Advertisement

“Saya kecewa, marah dan tak sangka ada segelintir yang ada mentaliti begitu. Macam mana anda boleh mempersoalkan orang yang berjihad.

“Mereka bukan pergi untuk saja-saja. Siapa yang enjoy atas kapal yang tiada hala tuju, boleh karam ba-bila masa, boleh kena drone, kena bom dan ancaman pada bila-bila masa.

“Kita tahu betapa gilanya Israel yang boleh buat apa sahaja tapi mereka boleh pergi sana dan kita ringan tangan untuk komen buat apa pegi sana, ada apa dekat sana.

“Saya rasa tak patut dan saya rasa sangat sangat marah. Ada perkara kita boleh ambil positif, tapi perkara ini saya menghentam habis habisan,” tegasnya.

Dayah berkata demikian ketika ditemui di Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena pada Rabu.

Dalam pada itu, Dayah juga menyeru orang ramai, khususnya pempengaruh media sosial dan rakan selebriti, agar terus memainkan peranan dalam menyebarkan kesedaran dan solidariti terhadap perjuangan Palestin.

Kata Dayah, golongan berpengaruh tidak hanya berdiam diri sebaliknya menggunakan platform masing-masing untuk menyebarkan kesedaran.

“Tolong lah pengguna sosial media, selebriti, pempengaruh, tolonglah anda semua mempunyai kuasa untuk kongsi tentang perkara ini. Apa yang ada semua buat?

“Saya tak tahulah kenapa kita sampai kena ada alasan untuk menentang perkara seperti ini. Kita sampai kena buat demo untuk cakap benda ini salah, kenapa?

“Saya marah tapi dalam masa yang sama saya sebak tengok semua sukarelawan Malaysia yang pergi. Anda ingat senang nak tinggal anak, suami dan keluarga.

“Mereka lakukan betul betul untuk perjuangan. Jadi jika saya nampak sebarang komen, tajuk yang kondem mereka.

“Mereka tidak minta untuk diraikan, orang datang sebab mereka menghargai kerana sukarelawan ini adalah hero kita.

“Jika anda tidak sukakannya, lebih baik diam, tak perlu nak persoalkan. Andai kata terbaca benda sebegitu jangan layan.

“Kita bagi sokongan, sentiasa positif, kita bersatu, saya rasa, insya-Allah semuanya akan baik. Seperti biasa, anda semua tahu netizen mana mana pun ada yang baik, ada yang tidak.

“Saya mohon jadilah orang yang bertanggungjawab, positif dan memberikan sokongan terhadap solidariti seperti malam ini,” jelasnya.

Terdahulu, seramai 23 sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk Zizi Kirana, Pu Rahmat, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi selamat tiba KLIA1 pada jam 10.07 malam pada Selasa.

Untuk info, kesemua sukarelawan Malaysia bagi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.

Must-Watch Video

Advertisement