Skip to main content

Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Fazziq Muqris Sah Jadi Suami Kepada Sharifah Areeqa

Fazziq Muqris

Sekilas

  • Penyampai radio ERA FM, Fazziq Muqris, selamat bergelar suami kepada Sharifah Areeqa dengan sekali lafaz pada pagi Sabtu.
  • Berita perkahwinan mereka dikongsikan melalui akaun Instagram rasmi ERA dengan video momen akad nikah.
  • Fazziq mengenakan baju melayu putih manakala pengantin perempuan memakai gaun silver, selepas bertunang selama setahun.

Penyampai radio ERA FM iaitu Fazziq Muqris selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Sharifah Areeqa dengan sekali lafaz pada pagi, Sabtu. 

 

Berita gembira itu dikongsikan di akaun Instagram Era. 

 

Era berkongsi video memperlihatkan momen indah akad nikah Fazziq dengan pasangannya. 

 

Menerusi perkongsian itu, Fazziq mengenakan baju melayu serba putih manakala pengantin perempuan memakai gaun cantik warna silver. 

 

Untuk rekod, Fazziq baru-baru ini mengumumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Areeqa sejak setahun yang lalu. 

Must-Watch Video

Advertisement