Skip to main content

Hiburan

"Dia Bangga Dengan Pencapaian Saya” – Karamjit Singh Imbau Pertemuan Pertama Dengan Tun Dr Hasmah

"Dia Bangga Dengan Pencapaian Saya” – Karamjit Singh Imbau Pertemuan Pertama Dengan Tun Dr Hasmah

Sekilas

  • Karamjit Singh berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika pertama kali bertemu YABhg. Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali pada sesi tayangan khas filem Terbang baru-baru ini.
  • Allahyarhamah menunjukkan kasih sayang dengan memegang tangan Karamjit dan menyatakan kebanggaannya terhadap pencapaian legenda rali tersebut.
  • Filem Terbang yang diarahkan Chiu Keng Guan mengisahkan perjalanan hidup Karamjit, termasuk kehilangan isteri beliau, yang turut menyentuh hati Tun Dr. Hasmah.
Advertisement

Legenda rali negara, Karamjit Singh mengakui tersentuh apabila pertama kali berpeluang bertemu YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali ketika sesi tayangan khas filem Terbang baru-baru ini.

Menurut Karamjit, pertemuan singkat itu meninggalkan kesan mendalam apabila Allahyarhamah memegang tangannya selama beberapa minit dengan penuh kasih sayang.

Advertisement

“Selepas jumpa Tun Dr. Hasmah dan dia pegang tangan saya beberapa minit dengan cukup kasih sayang, saya rasa macam ibu saya sendiri.

“Macam ibu saya pegang tangan saya. Dia rasa begitu bangga dengan pencapaian saya dan memang menyentuh hati saya,” katanya.

Karamjit berkata, walaupun itu merupakan kali pertama mereka bertemu, layanan serta sifat keibuan Allahyarhamah membuatkannya berasa cukup dekat.

Advertisement

“Pertama kali saya jumpa beliau dan terus rasa macam ibu saya. Itu betul.

“Dia cakap dia bangga dengan pencapaian saya dan minta saya teruskan dalam bidang rali,” ujarnya.

Dalam masa sama, Allahyarhamah turut tersentuh selepas mengetahui kisah kehilangan isteri Karamjit yang turut disentuh dalam filem TERBANG yang membawa perjalanan hidup legenda rali berkenaan.

“Disebabkan isteri saya meninggal dan perkara itu ada dalam cerita tersebut, dia turut rasa sedih untuk saya,” katanya.

Pertemuan berkenaan berlangsung ketika sesi tayangan khas TERBANG yang turut dihadiri Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Filem arahan Chiu Keng Guan itu diinspirasikan daripada perjalanan hidup dan kerjaya Karamjit sebagai legenda rali negara.

YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali meninggal dunia pada usia 100 tahun pada 16 Rabiulakhir 1448H.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement