Skip to main content

Hiburan

“Dia Datang Melawat & Tinggalkan Duit” - Tular Semula Video Ebby Yus Dedah Jep Sepahtu Hulur Bantuan Ketika Sakit

“Dia Datang Melawat & Tinggalkan Duit” - Tular Semula Video Ebby Yus Dedah Jep Sepahtu Hulur Bantuan Ketika Sakit

Sekilas

  • Ebby Yus berkongsi pengalaman susahnya ketika sakit dan bantuan kewangan yang diterima daripada Jep Sepahtu, yang datang melawat dan memberi wang tanpa diminta.
  • Video lama Ebby yang memuji kebaikan Jep tular semula, mendapat pujian ramai atas sikap pemurah pelawak itu.
  • Jep juga menegaskan dia tidak pernah ambil hak orang lain dengan berkongsi resit pembayaran zakat perniagaan setiap tahun sebagai bukti.
Advertisement

Di kala nama pelawak, Jep Sepahtu yang menjadi bualan dan pujian selepas perkongsian bukti wang zakat pendapatan yang dibayarnya setiap tahun, tular kembali sepotong video lama pelawak, Ebby Yus yang berkongsi mengenai kebaikan Jep.

Menerusi Threads, seorang individu dilihat memuat naik semula rakaman video memaparkan Ebby Yus sewaktu rakaman Di Balik Tawa yang disiarkan di YouTube Astro Gempak.

Advertisement

“Lima bulan saya tak boleh bekerja, duit saya dan segala simpanan saya dah korek habis sebab berubat.

“Tapi selepas itu Allah bukakan hati salah seorang rakan baik yang sama-sama dalam bidang lawak iaitu Jep Sepahtu.

“Dia datang melawat saya di rumah dan dia cakap, ‘Ya Allah kurusnya abang’. Kemudian dia balik cepat dan dia tinggalkan saya duit.

Advertisement

“Saya pegang duit itu dan berkata bahasa tak pernah sepanjang 30 tahun lebih dalam industri di mana saya terpaksa minta bantuan duit dari rakan untuk biayai perubatan saya,” kongsi Ebby dalam nada sebak.

Perkongsian itu kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji sikap Jep yang begitu pemurah dan tidak berkira dalam menghulurkan bantuan.

Terdahulu, Jep menyorot perhatian apabila memuat naik potongan klip daripada sebuah episod podcast yang memaparkan pelawak Shuib dan Mamat meminta pandangan pelawak Azlee Senario mengenai isu pembahagian bayaran dalam kumpulan yang didakwa dilakukan secara tidak adil.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, perkongsian berkenaan dipercayai seolah-olah merujuk kepada Jep yang juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu.

Jep dalam hantaran sama turut menasihati Shuib supaya menyelesaikan perkara yang lebih penting, termasuk isu potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perniagaannya yang pernah tertunggak sebelum ini.

Jep kemudiannya tampil memuat naik resit pembayaran zakat perniagaan yang dilunaskan setiap tahun.

Menurut Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk bermegah dengan jumlah zakat yang dibayar, sebaliknya sebagai bukti bahawa dia tidak pernah mengambil hak orang lain.

Sumber: YouTube

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement