Skip to main content

Hiburan

“Dia Gendong Apa Tu?” - Video Individu Misteri Di Tepi Jalan Buat Ramai Meremang

Astro Gempak 237

Sekilas

  • Sebuah video tular memaparkan individu misteri berjalan di tepi jalan gelap sambil menggendong objek yang tidak dapat dikenalpasti.
  • Netizen memberikan pelbagai reaksi, ada yang rasa seram manakala yang lain cuba beri penjelasan rasional seperti kemungkinan individu itu memakai kostum atau maskot.
  • Lokasi dan identiti individu dalam video masih belum diketahui, dan tiada pengesahan sama ada video itu mengandungi unsur mistik atau hanya salah tafsiran visual.
Advertisement

Satu rakaman video memaparkan kelibat individu misteri sedang berjalan di tepi jalan yang gelap mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga mencetuskan perdebatan di media sosial.

Menerusi video yang tular, kelihatan susuk tubuh berkenaan berjalan sambil menggendong sesuatu objek yang tidak dapat dipastikan sehingga menimbulkan tanda tanya ramai.

Advertisement

“Naik bulu roma aku terserempak benda gini. Dia gendong benda apa tu??,” tulis pengguna berkenaan di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui berasa seram melihat rakaman tersebut, manakala sebahagian lagi cuba memberikan penjelasan rasional mengenai kelibat misteri itu.

“Someone please tell me… apa benda yang dia gendong tu,” tulis seorang pengguna.

“Fuh! Semangat… Harap-harap tak adalah lalu kawasan rumah aku,” komen netizen lain.

“Tak boleh bayang kalau nampak depan mata. Dalam video pun dah rasa lain macam,” ujar seorang lagi.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat individu tersebut berkemungkinan hanya memakai kostum atau maskot seperti yang sering digunakan dalam persembahan jalanan di Indonesia.

“Bukan ke itu macam maskot… pernah tengok video Indonesia pakai macam tu. Tak ada misteri pun,” kata seorang pengguna.

Sehingga kini, lokasi sebenar rakaman serta identiti individu yang dirakam masih belum dapat dipastikan dan tiada pengesahan sama ada video tersebut mempunyai unsur mistik atau sekadar salah tafsiran visual.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

Must Watch Video

Advertisement