Ringkasan AI
- Pelakon Uqasha Senrose mengakui tempoh kehamilannya sukar kerana sering menghabiskan masa seorang diri.
- Suaminya, Kamal Adli, banyak bekerja di luar kawasan menyebabkan mereka jarang bersama ketika itu.
- Uqasha berkongsi video lama yang menunjukkan rasa gementarnya menimang cahaya mata pertama mereka, Haura Uqaira.
- Perkongsian video dibuat selepas ada yang kurang senang dengan coretan terbaharunya mengenai Haura.
- Uqasha dan Kamal berkahwin pada November 2021 dan rumah tangga mereka mula menjadi perhatian sejak April lalu.
Pelakon, Uqasha Senrose mengakui bahawa tempoh kehamilannya bukanlah satu perjalanan yang mudah, terutamanya apabila terpaksa menghabiskan banyak masa seorang diri.
Menurut Uqasha, suaminya, aktor Kamal Adli, sering berada di luar kawasan kerana komitmen kerja yang berterusan.
Disebabkan itu, dia terpaksa menghabiskan masa seorang diri ketika hamil anak sulung iaitu Haura Uqaira tanpa kehadiran suami.
“Saya rasa semua orang tahu yang memang saya seorang diri semasa hamil sebab dia kerja outstation back to back,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Stories.

Tidak hanya coretan, Uqasha juga berkongsi video lama yang merakamkan dirinya sedang bercakap tentang rasa gementar untuk menimang cahaya mata.
Perkongsian video dipercayai dibuat selepas ramai yang meluahkan rasa kurang senang terhadap coretan terbaharunya mengenai Hawra.
Bagaimanapun, Uqasha tidak membuat sebarang kenyataan lain selepas perkongsian video itu dilakukan.
Sekadar info, Hawra Uqaira merupakan hasil perkongsian hidup Uqasha dan suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli.
Untuk rekod, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang diadakan di Janda Baik, Pahang pada 5 November 2021.
Walau bagaimanapun, rumah tangga mereka mula menjadi perhatian selepas dikatakan bergolak sejak April lalu namun ia bukanlah berpunca daripada orang ketiga