Skip to main content

Hiburan

“Dia Layan Semua Kru Sama Rata“ - Individu Label Nabila Huda Sebagai Aktres Rendah Diri

Nabila Huda

Sekilas

  • Aizad Zaidi berkongsi pengalaman positif bekerjasama dengan pelakon Nabila Huda yang sangat merendah diri dan peramah ketika penggambaran drama Astro pada 2017.
  • Nabila sering makan bersama krew dan artis lain serta melayan semua orang sama rata tanpa mengira status.
  • Satu momen manis dikongsi apabila Nabila menawarkan kerusi kepada Aizad tanpa diminta, menunjukkan sikap prihatin dan mesranya.

Seorang individu menyorot perhatian ramai apabila berkongsi mengenai sisi baik pelakon, Nabila Huda sewaktu mereka bekerjasama dalam penghasilan sebuah drama terbitan Astro beberapa tahun yang lalu.

Menurut individu yang dikenali sebagai Aizad Zaidi itu, Nabila yang mesra disapa Abil merupakan seorang pelakan yang sangat merendah diri serta sangat peramah melayan semua pihak tanpa mengira status di lokasi penggambaran.

Tambah Aizad, Nabila sangat mudah didekati apabila sering makan bersama-sama setiap kali waktu rehat.

“Nabila Huda memang humble, peramah dan memang tak sombong orangnya.

“Layan semua krew dan artis lain sama rata. Ni masa intern production buat drama Astro tahun 2017.

“Selalu dia tegur kami dan makan bersama-sama masa rehat shooting,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, Aizad turut berkongsi satu momen yang tidak dapat dilupakan apabila pelakon filem Libang Libu itu menawarkan kerusi kepadanya tanpa diminta.

“Waktu itu tengah hari, kami tunggu nak shooting. Dia rehat dalam kereta, saya pula berdiri di luar. Tiba-tiba Nabila offer kerusi untuk saya duduk walaupun saya tak minta,” kongsinya.

Di akhir perkongsian, Aizad menzahirkan doa agar Nabila dimewahkan dengan rezeki yang melimpah ruah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Must-Watch Video

Advertisement