Skip to main content

Hiburan

“Dia Minta Maaf Sebab Rasa Menyusahkan Saya...” – Diana Danielle Sebak Anak Sulung Rasa Bersalah Kerana Sakit

dcscs

Sekilas

  • Diana Danielle berkongsi detik sebak apabila anak sulungnya, Muhammad, minta maaf kerana rasa menyusahkan ketika dirawat di hospital akibat lumpuh muka selepas demam virus.
  • Diana menasihatkan ibu bapa supaya beri perhatian lebih kepada kesihatan anak dan jangan paksa mereka teruskan aktiviti jika tidak sihat, berdasarkan pengalamannya sendiri.
  • Keadaan Muhammad kini semakin baik dan sudah kembali ke sekolah, walaupun doktor mengesyaki lumpuh muka berpunca daripada Guillain-Barré Syndrome atau Bell’s Palsy.
Advertisement

Pelakon, Diana Danielle tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi detik apabila anak sulungnya, Muhammad, meminta maaf kerana merasakan dirinya menyusahkan ketika dirawat di hospital baru-baru ini.

Menurut Diana, Muhammad rasa bersalah apabila melihat ibunya terpaksa menangguhkan kerja demi menjaganya sepanjang tempoh menerima rawatan.

“Muhammad ada minta maaf sebab dia rasa menyusahkan saya. Dia minta maaf sebab saya tidak boleh bekerja kerana menjaganya.

“Saya kata tidak, dia adalah amanah. Apa pun yang terjadi, saya tetap akan menjaganya. Saya pula rasa sebak, dia tak perlu rasa bersalah dengan apa yang berlaku ini,” katanya kepada Gempak.

Mengimbau detik awal menyedari perubahan pada anaknya itu, Diana berkata dia pada mulanya menyangka keadaan tersebut adalah kerana pendakap gigi yang baru dipakaI Muhammad.

“Saya tanya doktor gigi sama ada normal atau tidak kalau percakapannya agak lain dan bibir pun tak boleh bergerak. Doktor kata normal saja.

“Tapi saya perasan bibir dia langsung tak bergerak dan saya suruh dia gerakkan kening, memang tak boleh. Senyum pun dah tak boleh,” jelasnya.

Dalam pada itu, Diana turut berkongsi pengalamannya sebagai peringatan kepada ibu bapa agar lebih peka terhadap tahap kesihatan anak-anak.

“Saya kongsikan ini untuk beri saranan kepada ibu bapa di luar sana. Kalau anak-anak demam, batuk atau selesema, kurangkan aktiviti dan beri mereka rehat. Jangan paksa mereka teruskan rutin, jangan paksa pergi ke sekolah.

“Kesilapan saya apabila percaya apabila Muhammad kata dia okay sedangkan dirinya tidak sihat. Saya izinkan dia pergi ke sekolah ketika itu,” luahnya.

Menurut Diana, keadaan Muhammad kini semakin baik dan sudah kembali menjalani aktiviti harian termasuk menghadiri sekolah seperti biasa.

Sebelum ini, Diana mendedahkan anak sulungnya mengalami lumpuh muka atau facial paralysis selepas diserang demam virus.

Doktor yang merawat mengesyaki keadaan tersebut berpunca sama ada daripada Guillain-Barré Syndrome (GBS) atau Bell’s Palsy.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Must Watch Video

Advertisement