Skip to main content

Hiburan

Dian Sastrowardoyo Kongsi Foto Dengan Idan Aedan Di Festival Filem Toronto, Kanada - “Touchdown…”

idan aedan

Pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo berkongsi keterujaannya berada di Toronto, Kanada apabila tampil bersama aktor muda Malaysia, Idan Aedan sempena tayangan perdana filem The Fox King di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) ke-50.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dian memuat naik gambar swafoto bersama Idan serta kru produksi yang lain. 

Advertisement

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Dian Paramita Sastrowardoyo (@therealdisastr)

“Touchdown Toronto for @tiff_net with #TheFoxKing squad! #TIFF50,” tulisnya.

 

Untuk info, The Fox King merupakan hasil kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia arahan pengarah prolifik, Woo Ming Jin. 

Filem yang mengetengahkan tema persaudaraan, kehilangan dan pencarian kasih sayang itu turut mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Dana Filem Cereka 2023 bernilai RM1 juta serta Dana Penyertaan dan Promosi Antarabangsa 2025 berjumlah RM50,000.

Dalam pada itu, Idan juga membintangi filem Abah Saya Uncle Mike yang sudah ditayangkan di pawagam sejak 28 Ogos lalu. 

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Etika Sdn. Bhd. itu diadaptasi daripada kisah benar bagaimana seorang lelaki berketurunan Tionghua, Michael Tong Wai Siong atau Uncle Mike membesarkan tiga anak yatim piatu Melayu sejak kecil dengan penuh kasih sayang.

Dedikasi dan pengorbanan Uncle Mike turut mendapat pengiktirafan apabila beliau menerima Anugerah Maulidur Rasul 2024 daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Abah Saya Uncle Mike menampilkan barisan pelakon seperti Andy Teh, Merah Muhaimin, Umar Shakur, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah serta Mandy Chong

Must-Watch Video

Advertisement