Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Diana Danielle Kongsi Keadaan Anak Sulung Selepas Keluar Hospital - “Lumpuh Muka Berlaku Secara Tiba-Tiba…”

sddfvd

Sekilas

  • Pelakon Diana Danielle berkongsi anak sulungnya, Muhammad, baru dibenarkan keluar hospital selepas rawatan akibat lumpuh muka yang disyaki Guillain-Barré Syndrome atau Bell’s Palsy.
  • Muhammad telah diperiksa oleh pakar neurologi, ENT dan sedang menjalani rawatan steroid serta latihan pertuturan untuk pemulihan saraf muka.
  • Diana memohon doa agar keadaan Muhammad terus bertambah baik selepas menunjukkan tanda pemulihan yang memberangsangkan.
Advertisement

Pelakon Diana Danielle berkongsi perkembangan terkini keadaan anak sulungnya, Muhammad, yang baru sahaja dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan akibat masalah kesihatan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Diana memaklumkan Muhammad pada awalnya mengalami demam virus sebelum doktor mengesyaki kemungkinan Guillain-Barré Syndrome (GBS) atau Bell’s Palsy apabila anaknya itu mengalami lumpuh muka secara mendadak pada sebelah petang.

Advertisement

“Demam virus menyebabkan doktor mengesyaki sama ada Muhammad mengalami GBS atau Bell’s Palsy. Lumpuh muka berlaku secara tiba-tiba pada petang itu,” tulisnya.

Menurut Diana, Muhammad telah menjalani pemeriksaan menyeluruh dan dipantau oleh beberapa pakar termasuk pakar neurologi, pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) serta pasukan perubatan yang terlibat.

dcdv

“Dia telah diperiksa oleh pakar neurologi, pakar ENT dan pasukan perubatan, masing-masing memberikan pandangan mereka.

Advertisement

“Kini dia sedang mengambil steroid dan tidak lama lagi kami akan membuat temujanji untuk MRI,” katanya.

Tambah pelakon filem Imaginur itu, Muhammad kini telah dibenarkan keluar hospital dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang memberangsangkan.

“Muhammad dibenarkan keluar hospital semalam dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan, jadi mohon doakan agar keadaannya terus bertambah baik.

“Sepanjang bulan Januari sangat mencabar, tetapi kami bersyukur dapat pulang ke rumah sekarang. Kini kami hanya menumpukan perhatian untuk mengaktifkan semula saraf muka Muhammad,” ujarnya.

Diana turut memaklumkan bahawa Muhammad kini sedang menjalani latihan pertuturan bagi membantu pemulihan saraf muka.

“Terdapat beberapa perkataan yang Muhammad tidak dapat sebut seperti M, B dan P, jadi kami perlu terus melakukan latihan ini,” katanya.

Untuk rekod, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Farid Kamil pada 3 November 2012. Pasangan itu bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 namun kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka sekali lagi berakhir dengan penceraian pada 24 Mac 2025.

Selain Muhammad, pasangan tersebut turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aurora, yang kini berusia 10 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

Korean Style Cargo Women Long Pants Seluar Panjang Cargo Perempuan 工装裤女

Korean Style Cargo Women Long Pants Seluar Panjang Cargo Perempuan 工装裤女

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

Must Watch Video

Advertisement