Skip to main content

Berita

Dianggap Membosankan, Feeya Iskandar Kekal Positif Terima Komen Netizen - “Saya Tak Perlu Buktikan Berapa Ramai…”

astrogempak_FEEYA

Penyampai radio, Feeya Iskandar akui tidak ambil hati dengan komen negatif yang diberikan oleh pendengar.

Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, setiap kritikan yang diberikan sebenarnya menjadi pemangkin untuk dirinya memperbaiki mutu penyampaian dan terus memberikan yang terbaik

“Suka komen-komen yang begini sebab akan buat Cik Piah lebih bersemangat untuk buat yang lebih baik,” katanya. 

Penyampai radio Suria FM itu berkongsi sekeping foto yang menunjukkan ada beberapa individu mengkritik cara penyampaiannya yang dianggap bosan.

Dalam masa sama, Feeya turut menzahirkan penghargaan buat para pendengar setia yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepadanya sejak awal pembabitan dalam dunia penyiaran.

“Alhamdulillah, saya tak perlu buktikan berapa ramai yang menyokong sebab saya tahu mereka sentiasa mendengar dan mendoakan dari jauh. Terima kasih pendengar setia yang sokong Cik Piah dari dulu sampai sekarang,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Cik Piah untuk mengabaikan komen-komen negatif tersebut kerana percaya dia sudah melakukan yang terbaik. 

Advertisement

Must-Watch Video