Skip to main content

Hollywood

Diceraikan Nicole Kidman, Keith Urban Jadi Kaya Raya Kerana Perjanjian Perkahwinan ‘Cocaine Clause’

Diceraikan Nicole Kidman, Keith Urban Jadi Kaya Raya Kerana Perjanjian Perkahwinan Cocaine Clause

Perceraian yang berlaku di antara Nicole Kidman dan Keith Urban baru-baru ini membuatkan isi perjanjian mereka menjadi suami isteri turut menarik perhatian umum.

Hal itu lantaran salah satu isi perjanjian yang dimeterai dalam dokumen perjanjian perkahwinan mereka yang terlerai pada usia 19 tahun agak unik dan menguntungkan Urban.

Advertisement

Perjanjian tersebut dikenali dengan istilah cocaine clause.

Ia adalah perjanjian yang memperlihatkan Kidman perlu membayar sebanyak RM2.5 juta setahun kepada Urban jika lelaki itu bebas daripada najis dadah dan alkohol, lapor majalah Hello.

Dan penyanyi country itu seperti mendapat duit runtuh selepas berpisah kerana telah bebas daripada dadah sejak tahun 2006 sekaligus membolehkan dia menerima sehingga RM42 juta kerana perjanjian tersebut.

Seperti diketahui umum, Urban telah masuk ke pusat pemulihan alkohol dan dadah sebulan selepas mereka berkahwin.

Malah sepanjang hidup bersama, pasangan itu didakwa memiliki aset yang luar biasa.

Mereka antaranya memiliki 11 kediaman mewah di pelbagai negara termasuk Australia, Amerika Syarikat dan Portugal.

Terdahulu, Kidman dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Urban sebelum usia perkahwinan mereka masuk dua dekad. Pasangan itu juga telah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Ada laporan mendakwa Urban curang sehingga membuatkan Kidman terpaksa meminta cerai.

Must-Watch Video

Advertisement