Skip to main content

Hiburan

Didakwa Bermasam Muka Dengan Qasrina Karim, Ini Respon Erysha Emyra - “Perkara Itu Agak…”

ERYSHA

Pelakon, Erysha Emyra enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan berlaku perselisihan faham antara dirinya dengan aktres, Qasrina Karim.

Menurut Erysha atau nama lengkapnya Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, hubungannya bersama aktres tersebut baik-baik sahaja. 

"Saya tiada nak komen banyak tentang perkara itu. Perkara itu agak peribadi untuk saya kongsikan secara terbuka.

Advertisement

"Hubungan kami okay saja, tiada bermasam muka. Sebelum ini, kami pernah berjumpa di majlis dan kami juga saling berhubung,” katanya kepada Gempak.

Erysha berkata demikian ketika ditemui pada majlis Watch Party drama Rumah Tanpa Luka yang berlangsung di Putrajaya pada Khamis.

Dalam pada itu, teraju utama Rumah Tanpa Luka itu juga tidak mempunyai masalah jika digandingkan dengan Qasrina. 

Malah, menurut Erysha isu yang timbul antara mereka bukanlah sesuatu yang besar.

"Saya tiada masalah, okay saja. Saya rasa ramai yang pernah melalui situasi seperti itu tetapi yang bezanya situasi kami ini diberi perhatian kerana kami dikenali. 

"Kami tiada apa-apa masalah pun. Saya rasa dia pun okay saja dengan saya. Masing-masing ada cara tersendiri mengendalikan masalah tetapi ia bergantung kepada juga kepada situasi,” ujarnya. 

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai hubungan akrab Erysha dan Qasrina yang didakwa retak apabila dua aktres itu tidak saling mengikuti (unfollow) di Instagram.

Perkara itu kemudiannya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat setia mereka.

Must-Watch Video

Advertisement