Skip to main content

Hiburan

Didakwa Hanya Belikan Alisha Baju Murah, Andika Putera Bidas Komen Netizen - “Dah Beli Baju Tapi Tak Lawa Di Mata Anak”

Andika Putera

Sekilas

  • Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap komen netizen yang mendakwa pakaian anaknya, Alisha Puteri, murah dan tidak sesuai dengan imejnya yang gemar berfesyen.
  • Andika menjelaskan pakaian tersebut dipilih sendiri oleh Alisha yang minat dengan kumpulan muzik dalam filem animasi Korea, KPop Demon Hunters.
  • Andika menegaskan kebahagiaan keluarga lebih penting daripada harga pakaian dan menolak kritikan yang tidak berasas daripada netizen.

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap komen seorang individu yang mendakwa dirinya hanya membelikan pakaian yang murah buat anaknya, Alisha Puteri.

Menerusi ciapan yang dibuat di Threads, Andika dilihat memuat naik tangkap layar memaparkan komen seorang individu yang mendakwa imej Alisha sangat tidak sepadan dengannya yang begitu gemar berfesyen dan mengenakan pakaian yang berjenama.

Andika kemudiannya mempertahankan diri dan menjelaskan bahawa pakaian tersebut dipilih oleh Alisha sendiri kerana terlalu minat akan kumpulan muzik dalam filem animasi Korea yang berjudul, KPop Demon Hunters iaitu Huntrix.

“Cakap pasal saya tak apa lagi, kalau pasal anak saya sensitif sikit. Kadang-kadang pelik dengan netizen Malaysia, kalau bab mengecam, nak complain nombor satu tanpa tahu apa yang terjadi, apa yang lalui dan apa situasi sebenar.

“Anak saya sangat suka Huntrix, kita sebagai ibu bapa beli baju lawa di mata kita tapi tak lawa di mata anak.

“Alisha sudah lima tahun dan pandai memilih,” luah Andika.

Menerusi ciapan yang sama, Andika menegaskan bahawa kegembiraan serta kebahagian keluarga adalah segala-galanya jika hendak dibandingkan dengan pakaian yang dipakai.

“Bagi saya mudah,tak kisahlah mahal atau murah. Yang penting kami sekeluarga gembira pakai baju sama tema dan waktu ini kami ke taman permainan Barbie yang penuh dengan warna merah jambu.

“Baju saya dan keluarga, apa kaitan dengan hidup orang yang nak mempersoalkan. Macam saya pakai duit mereka,” kongsinya Andika.

Sumber: Threads Andika

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Must-Watch Video

Advertisement