Skip to main content

Selebriti

Didakwa Hilang ‘Aura’ Selepas Berkahwin, Ernie Zakri Tak Ambil Hati - “Saya Pun Manusia Biasa… Ada Yang Suka, Ada Yang Tidak”

Ernie Zakri tak ambil hati

Sekilas

  • Ernie Zakri tidak ambil peduli komen negatif netizen yang kata dia hilang aura selepas berkahwin dan lebih selesa hidup sederhana serta jadi diri sendiri.
  • Walaupun ada komen yang menyentuh perasaannya, Ernie anggap kritikan sebagai motivasi untuk terus berkembang dalam bidang seni.
  • Ernie sentiasa ambil maklum input peminat dan berbincang dengan team untuk perbaiki kerjaya dan hasil muziknya.

Penyanyi, Ernie Zakri tidak mengambil peduli tentang tanggapan segelintir netizen yang mendakwa dirinya seolah-olah sudah kehilangan aura atau tidak lagi memiliki ‘kelas’ selepas bergelar isteri.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, dia lebih selesa menjalani kehidupan secara sederhana seperti individu lain dan tidak terlalu memikirkan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya di media sosial.

"Netizen boleh kata apa mereka suka. Saya gembira dengan apa yang saya ada. Kadang-kadang itulah kalau kita kahwin akan ada isu, tak kahwin lagilah ada isu.

"Sekarang ini saya hanya hidup seperti biasa dengan bahagia. Saya hanya tonjolkan diri sebenar. Saya tak cuba jadi orang lain.

“Macam saya cakap ada yang suka dan tidak suka, tak mengapa. Selagi keluarga tahu saya masih menjaga batas itu sudah mencukupi,” katanya.

Ernie berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu ‘Tak Berlagu’ OST Khadam yang diadakan di Serai Hall, KLGCC Mall, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Ernie juga tidak menafikan sebagai manusia biasa, ada sebahagian komen negatif yang ditulis menyentuh perasaannya.

Namun dia enggan mengambil hati dan menjadikan kecaman itu sebagai pemangkin semangat untuk terus berkembang dalam bidang seni.

"Saya hanya manusia biasa seperti orang lain bila baca komen-komen netizen. Ada juga terasa dengan beberapa perkataan (kecaman) tetapi saya cuba tidak ambil hati. Kalau tak memang boleh jadi gila.

"Tapi dalam masa sama bersyukur maksudnya orang masih menilai saya sebagai seorang penyanyi bila saya terlibat dengan benda lain orang masih inginkan saya menyanyi.

"Saya rasa perkara itu perlu saya syukuri kerana peminat masih sayang Ernie Zakri. Saya boleh katakan mereka sangat caring,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Ernie, dia tetap mengambil maklum sebarang kritikan yang diterima bagi memahami kehendak peminat.

"Ada input yang baik saya ambil dan bincang dengan team tentang apa peminat inginkan.

"Semua yang saya baca dekat Threads apa peminat inginkan saya bawa untuk berbincang. Saya tidak memandang remeh.

"Saya hidup dengan kerjaya ini juga disebabkan oleh peminat. Kalau mereka tidak beri perhatian pada saya, keluar lagu baru pun orang tak nak dengar,” katanya.

Sebelum ini, seorang individu meminta agar Ernie memperbaiki diskografi muzik terkininya yang didakwa agak ‘berselerak’.

Malah individu itu juga berharap agar Ernie lebih memberi fokus kepada hala tuju album baharu.

Hantaran di Threads itu turut mencetuskan perbincangan pengguna lain yang mendakwa selepas berkahwin, kerjaya Ernie semakin ‘serabut’ dan tidak lagi mempunyai ‘kelas’ seperti dahulu.

Anda mungkin berminat dengan

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement