Skip to main content

Hiburan

Didakwa Meniru Cara 'Posting', Amri Aziz Pelawa Iydzham Jumpa ‘Face To Face’ - "Teringin Juga Nak Tahu Apa Yang..."

Astrogempak AMRI AZIZ

Sekilas

  • Amri Aziz terkejut namanya dikaitkan dalam hantaran di platform Threads oleh individu bernama Iydzham.
  • Amri menegaskan tidak mahu memanjangkan isu tersebut di media sosial dan lebih fokus kepada perniagaannya.
  • Beliau mengajak untuk menyelesaikan perkara ini secara matang tanpa sindiran atau membuka aib di media sosial.

Personaliti media sosial, Amri Aziz, mengakui terkejut selepas mendakwa namanya dikaitkan dalam satu hantaran di platform Threads oleh individu yang dikenali sebagai Iydzham.

Menurut Amri, dia menerima banyak kiriman daripada orang ramai yang berkongsi hantaran tersebut kepadanya.

“Tiba-tiba ramai yang share dekat saya pasal posting Threads Iydzham.

“Saya minta awak muhasabah dan sedar diri dik. Abang buat dulu rajin-rajin scroll, okay. Sejujurnya saya gembira tengok kawan-kawan berjaya, tapi tak pasti kenapa sampai kena block, unblock, sekarang kata saya meniru pula,” tulisnya.

Dalam masa sama, Amri menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk memanjangkan isu tersebut di media sosial kerana ada perkara lebih penting yang perlu diberikan fokus.

"Saya ada business saya yang lagi penting nak fokus, tak kuasa nak layan small things macam ni. If ada yang tak puas hati, better face to face kita bincang.

"Time event pun awak lari mengelak, teringin jugak nak tahu apa yang tersimpan dalam hati tu. Sampaikan saya kene marah dengan assistant saya sebab masih nak tegur awak dekat event sedangkan dah tau kene block dekat IG," ujarnya lagi.

Tambah Amri, perkara tersebut juga boleh diselesaikan secara matang tanpa perlu melibatkan sindiran atau membuka aib di media sosial.

"Apapun fly highest okay! Rasanya you and your manager ada saved my contact number kan. Anything roger okay, saya okay je kalau nak jumpa berbincang. 

"Perli-memerli atau nak aibkan orang dekat social media bukan cara saya. Summore dah tua-tua ni tak kuasa lah nak layan drama-drama macam ni diknon," tambahnya.


 

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must-Watch Video

Advertisement