Sekilas
- Seorang individu mendakwa trend lelaki bercakap sewaktu bertunang dimulakan oleh Syed Saddiq ketika bertunang dengan Bella Astillah.
- Netizen menolak dakwaan itu dan menjelaskan Syed Saddiq hanya memberi ucapan selepas majlis bertunang selesai.
- Sebelum ini, seorang lelaki tular kerana mengetuai sesi merisik dengan cara yang dianggap kurang sopan dan tidak sesuai.
Seorang individu menyorot perhatian netizen selepas mendakwa trend lelaki bercakap sewaktu bertunang dimulakan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut menyatakan perkara tersebut dilakukan Syed Saddiq sewaktu bertunang dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tempoh hari.
“Aku rasa trend lelaki bercakap time tunang sebab si Syed Saddiq tu bercakap time tunang dgan Bella haritu,” tulisnya.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak dipersetujui oleh kebanyakan netizen
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan Syed Saddiq hanya berucap selepas selesai majlis bertunang.
“Hahaha haji, dia ckp lepas majlis dah habis. Time majlis n discussion between families tak de buat live pun.
“Dia bg ucapan penghargaan aje.... Lagi pun, dia datang lepas habis urusan dah.
“Adat formal merisik YB takde. Dh habis majlis br masuk..Tanda hormat adat & org tua lagi. Bukan tukang ckp segala hantaran, cincin..tarikh..kan masih ada org tua.
“YB tak bagi tahu pun dia bagi apa kat tunang dia 😄 ucapan nye lebih kepada pujian untuk semua keluarga .
“YB just berucap tapi yg laki tu dia berbincang pasal hantaran apa semua sepatutnya kurang sesuai ahli keluarga mcm nk tergelak pon ada,” tulis netizen.
Terdahulu, seorang lelaki tular di media sosial kerana mengetuai sesi merisik yang didakwa kurang sesuai kerana kebiasaannya dilakukan oleh wakil keluarga.
Bukan itu sahaja, cara percakapan individu tersebut turut ditegur ramai kerana dianggap kurang sopan.