Skip to main content

Hiburan

Didakwa Tak Teman Fattah Amin Beri Kejutan Hadiah Kereta Buat Mentua, Ini Respons Amira Othman - “Saya Ada Cuma…”

Amira Othman

Penyanyi Amira Othman menafikan dakwaan kononnya dia tidak menemani suaminya, Fattah Amin ketika mengambil kereta yang dihadiahkan kepada ibu bapa mentuanya, baru-baru ini.

Menurut Amira, dia sebenarnya berada bersama Fattah ketika urusan tersebut dilakukan namun memilih untuk berada di dalam kereta kerana tidak bersolek ketika sesi penggambaran berlangsung.

“Masa ambil kereta, saya ada cuma saya tidak make up. Jadi saya duduk dalam kereta masa mereka tengah shoot. Saya cakap jangan ambil muka saya sebab saya tak makeup.

“Saya ada bersama mereka sebab balik Johor dengan ibu dan ayah sekali. Kami satu kereta jadi on the way ke KL kami singgah terus untuk ambil kereta itu,” katanya. 

Tambah Amira lagi, dia hanya ‘menyorok’ seketika ketika sesi rakaman dijalankan namun kembali bersama keluarganya meraikan detik manis itu. 

“Saya teman mereka cuma time shoot itu sahaja saya menyorok sekejap sebab saya tak pakai makeup selepas itu saya bersama mereka kembali. Suami saya memang anak yang soleh, ibu bapa mentua saya juga baik sangat,” tambahnya. 

Terdahulu, pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian selepas membuat kejutan istimewa buat kedua ibu bapanya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fattah menghadiahkan sebuah kereta jenama Toyota Noah berwarna merah.

Must-Watch Video

Advertisement