Skip to main content

Hiburan

Didakwa Tiada Bakat Menyanyi, Pengurus Siti Nurhaliza Dedah Sikap Sebenar Audra - “Sepanjang Menguruskan Dia…”

Astrogempak KAK Z

Sekilas

  • Rozi Abdul Razak, pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, mempertahankan Audra Zulfikli daripada kecaman yang mendakwa bakatnya hanya kerana kaitan dengan Siti Nurhaliza.
  • Rozi menegaskan setiap artis ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri, dan Audra sentiasa berusaha meningkatkan diri walaupun ada kelemahan.
  • Ibu Audra, Sharifah Shahirah, juga menegur netizen yang mengecam dan menegaskan kritikan negatif boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa.

Pengurus kepada Biduanita Negara,Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak tampil mempertahankan penyanyi, Audra Zulfikli susulan kecaman yang mendakwa bakatnya hanya mendapat perhatian kerana mempunyai kaitan dengan Siti Nurhaliza.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Rozi berkata setiap anak seni mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri yang tidak boleh dibandingkan antara satu sama lain.

“Oddah ada kelebihan. Setiap artis ada pakej tertentu.Sepanjang menguruskan Oddah, selain mendapat perhatian pelbagai jenama dan undangan, Oddah tahu visi dia. 

"Kalau pun dia ada kelemahan di bahagian A, dia tahu bagaimana nak 'tackle' untuk kongsikan pula kelebihan dia.

“Apa yang penting, Oddah rajin berusaha dan meningkatkan diri. Bakat setiap orang tak sama, tapi masing-masing ada keistimewaan,” tulisnya.

Terdahulu, ibu kepada Audra iaitu Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera turut tampil mempertahankan anaknya selepas seorang netizen mendakwa suara Oddah kurang enak didengar dan hanya bernasib baik kerana merupakan anak angkat kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Enggan berdiam diri, Shiera menegaskan individu yang gemar mengecam orang lain tidak akan pernah berhenti, malah perbuatan sedemikian hanya mampu menjejaskan kesihatan mental mereka yang menjadi mangsa.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement