Sekilas
- Didi Astillah meluahkan rasa syukur melihat kakaknya, Bella Astillah, kini lebih bahagia dan tenang selepas berkahwin dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
- Didi memuji perubahan positif pada Bella yang kelihatan lebih berseri dan sering tersenyum sejak perkahwinan mereka.
- Majlis resepsi kenduri rakyat pasangan ini di Muar dihadiri lebih 10,000 tetamu dari pelbagai negeri dan negara jiran.
Penyanyi, Didi Astillah meluahkan rasa syukur apabila melihat kakaknya, Bella Astillah, kini menjalani kehidupan yang lebih bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Menurut Didi, perubahan itu dapat dilihat menerusi wajah Bella yang semakin berseri, selain kakaknya itu dilihat lebih tenang dan sering mengukir senyuman.
“Nampak Kak Bella lebih berseri, lebih glowing dan boleh nampak dia bernafas dengan sedikit lega.
“Nampak juga kerisauan dia sudah tiada, happy dan senyum selalu. Mood? Alhamdulillah memang baik sentiasa sekarang,” selorohnya.
Didi berkata demikian ketika ditemui Gempak di majlis resepsi ‘kenduri rakyat’ Syed Saddiq dan Bella Astillah yang berlangsung di Muar pada Ahad.

Dalam pada itu, Didi juga turut menitipkan doa agar Bella terus dikurniakan kebahagiaan dalam rumah tangga yang dibina bersama Syed Saddiq.
“Jadi kalau nak minta apa-apa sekarang, sangat lah waktu yang terbaik. Tapi apa pun saya memang sentiasa doakan Kak Bella menjalani kehidupan yang bahagia.
“Sebab she deserved it dan inilah waktunya yang dia impi-impikan selama ini. Alhamdulillah semoga dia berbahagia hingga ke Jannah, insya-Allah,” ujarnya.
Untuk info, lebih 10,000 tetamu hadir memeriahkan majlis resepsi pasangan pengantin baharu, Syed Saddiq dan Bella Astillah yang berlangsung di Muar, Johor pada Ahad.
Majlis yang bertemakan kenduri rakyat itu bukan sahaja menghimpunkan penduduk setempat, malah turut menerima kehadiran tetamu dari pelbagai lokasi termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
Untuk info, Syed Saddiq dan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.