Penyanyi, Didie Shazry akui masih terlalu awal untuknya memikirkan soal cinta dan perkahwinan.
Menurut juara Raise The Star Malaysia (RTSMY), dia lebih memilih untuk memberi fokus kepada pelajaran dan juga kerjayannya sebagai seorang penyanyi. 
Advertisement
"Belum lagi, masih awal. Saya punya fokus untuk belajar dan kerjaya saya sebagai penyanyi dahulu. Kalau ada jodoh InsyaAllah. Tapi bukan sekarang, saya tak nak pening-pening," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Didie juga berkongsi jadualnya sedikit padat selepas menyertai program RTSMY.
Jelasnya, dia kini sibuk untuk mempromosikan lagu ciptaan Aina Abdul iaitu Peganglah Hati dan mungkin akan menlacarkan beberapa naskah ciptaannya selepas ini.
"Saya tengah sibuk promosi lagu saya. Dan lepas ni juga kalau ada rezeki saya nak keluarkan beberapa lagu yang pernah saya tulis, InsyaAllah," ujarnya. 
Terdahulu, Didie pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta bersama bintang RTSMY iaitu Keka Nizam. 
Bagaimanapun, kedua-dua pihak menafikan perkara tersebut dan lebih selesa menjadi seorang kawan baik.
Sekadar info,  Didie Shazry sebelum ini telah dinobatkan sebagai juara Raise The Star Malaysia. 
Hasil kemenangan tersebut Didie berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sebuah trofi dan single ciptaan Aina Abdul berjudul Peganglah Hati.
 
 
     
 
                                       
                                       
                                       
                                      