Skip to main content

Viral

Digelar 'Penyanyi Suara Chipmunk' Depan-Depan, Individu Tampil Mohon Maaf Kepada Nabila Razali - "Saya Percaya Dia Tiada Niat Buruk, Saya Pun Tak Perlu Layanan Istimewa"

Astro Gempak nabila chipmunk

Sekilas

  • Nabila Razali menerima permohonan maaf secara peribadi daripada individu yang menggelarnya 'penyanyi chipmunk' selepas dia berkongsi pengalaman itu di Threads.
  • Nabila menegaskan pentingnya menjaga tutur kata kerana gurauan kecil boleh memberi kesan besar kepada orang lain, sama ada artis atau orang biasa.
  • Pengalaman diejek secara bersemuka memberi kesan berbeza kepada Nabila berbanding hanya membaca komen di media sosial sebelum ini.
Advertisement

Penyanyi Nabila Razali memaklumkan individu yang sebelum ini menggelarnya sebagai ‘penyanyi chipmunk’ telah tampil memohon maaf secara peribadi.

Menurut Nabila, individu tersebut menghubunginya menerusi mesej peribadi selepas dia berkongsi pengalaman berkenaan di Threads.

Advertisement

"Selepas saya muat naik di Threads, individu itu ada menghubungi saya untuk memohon maaf dan menjelaskan bahawa perkara itu tidak disengajakan.

"Malah, dia turut ditegur oleh suaminya sejurus selepas kejadian itu berlaku. Saya percaya dia tiada niat buruk, mungkin sekadar terlalu teruja atau tidak tahu apa yang ingin dibualkan sehingga terlepas kata," katanya kepada Gempak.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Pematah Hati itu menegaskan kepentingan menjaga tutur kata dalam apa jua situasi.

"Saya tidak perlukan layanan istimewa. Bagi saya, sama ada artis atau orang biasa, kita semua perlu sentiasa menjaga cara bercakap dan bertindak.

"Kadang-kadang perkara kecil yang dianggap gurauan boleh memberi kesan besar kepada orang lain," tambahnya.

Dalam masa sama, Nabila mengakui situasi tersebut bukanlah kali pertama dia berdepan ejekan, namun pengalaman kali ini memberi kesan berbeza kerana ia berlaku secara bersemuka.

"Ini bukan kali pertama saya diejek, cuma sebelum ini saya hanya membaca komen seperti itu di media sosial.

"Kali ini ia berlaku secara depan-depan, jadi saya agak terkejut dan tidak tahu bagaimana mahu memberi respons. Perasaan itu bercampur-baur, sama ada mahu ketawa, marah atau hanya berdiam diri," ujarnya.

Terdahulu, Nabila meluahkan rasa kurang senang apabila seorang individu memanggilnya ‘penyanyi bersuara chipmunk’ sebelum mengajaknya bergambar, sekali gus mencetuskan perhatian dalam kalangan netizen.

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Must Watch Video

Advertisement