Skip to main content

Hiburan

Dihalau Ketika Hulur Bantuan, Aisar Khaled Tetap Istiqamah Lakukan Kebaikan - "Jadikan Aku Insan Terkaya Supaya..."

Aisar Kecewa

Personaliti media sosial, Aisar Khaled meluahkan rasa kekecewaan selepas berdepan insiden tegang ketika menghulurkan bantuan banjir di Bali, Indonesia, baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aisar mengharapkan kekuatan untuk kekal istiqamah dalam usaha membantu mereka yang memerlukan meskipun tidak semua pihak menyambut baik niat murninya.

Advertisement

Dalam pada itu, pempengaruh berusia 25 tahun itu turut berdoa agar dikurniakan rezeki melimpah ruah supaya mampu menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Ya Allah, jadikan aku insan terkaya supaya aku mampu membantu seluruh dunia,” kongsinya menerusi Instagram Story.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Aisar bersama pasukannya dikerumuni penduduk ketika sedang mengagihkan pakaian kepada mangsa banjir di Bali. 

Keadaan bagaimanapun bertukar kecoh apabila seorang lelaki lantang menjerit dan menghalau mereka keluar dari kawasan tersebut.

Insiden itu bukan sahaja mengejutkan warganet, malah turut menimbulkan simpati ramai pihak terhadap usaha Aisar yang dilihat ikhlas membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Must-Watch Video

Advertisement