Skip to main content
Advertisement

Hollywood

Dijangkiti Hepatitis C Kongsi Jarum Cacah Tato, Pamela Anderson Diramal Hanya Hidup 10 Tahun

Dijangkiti Hepatitis C Kongsi Jarum Cacah Tato, Pamela Anderson Diramal Hanya Hidup 10 Tahun

Sekilas

  • Pelakon Hollywood Pamela Anderson mendedahkan pengalaman sukar selepas disahkan menghidap Hepatitis C dan diberitahu mungkin hanya ada 10 tahun untuk hidup.
  • Dia berkongsi kisahnya menerima diagnosis itu, rasa malu dan bersalah, serta bagaimana penyakit itu mempengaruhi keputusan hidupnya terutama untuk anak-anaknya.
  • Anderson bebas Hepatitis C sejak 2015 selepas rawatan berkesan, dan pengalaman itu menjadi pendorong kebangkitan semula kerjayanya dalam industri filem.
Advertisement

Pelakon sensasi Hollywood, Pamela Anderson mendedahkan berdepan detik sukar yang disifatkan sebagai pengalaman paling mengerikan selepas disahkan menghidap Hepatitis C.

Hal yang lebih membuat dirinya menjadi rapuh apabila doktor ketika itu memberitahu dia mungkin hanya mempunyai sekitar 10 tahun untuk hidup.

Advertisement

Bintang yang terkenal menerusi siri Baywatch itu mendedahkan perkara itu sewaktu menerima penghormatan anugerah amfAR Award of Courage pada majlis amfAR Gala di Venice, Itali, hujung minggu lalu.

“Ia seperti hukuman mati. Itulah yang doktor saya beritahu. Saya mungkin hanya mempunyai sekitar 10 tahun untuk hidup.

“Saya pasti perkara itu mempengaruhi dan mengganggu keputusan yang saya buat dalam hidup. Bukan kerana takut mati, tetapi saya takut memikirkan apa yang akan berlaku kepada anak-anak saya yang masih kecil. Ia benar-benar mengubah hidup saya,” katanya seperti dipetik Variety.

Anderson, 59, turut mengimbas kembali perasaan malu dan bersalah yang menghantuinya selepas menerima diagnosis berkenaan.

“Namun pengalaman saya dengan rasa malu dan bersalah itu juga merupakan satu perjalanan yang berlaku tanpa saya sedari. Ia masih ada dalam diri saya dan menghantui saya.

“Sama seperti penderaan seksual yang saya alami ketika kecil, ia terasa seolah-olah terukir di dahi saya  ‘barangan rosak’, ” ujarnya.

Kisah dirinya menghidap Hepatitis C pertama kali didedahkan pada 2002. Menurutnya, dia dijangkiti penyakit yang menyebabkan keradangan serta kerosakan pada hati akibat jangkitan virus Hepatitis C itu selepas berkongsi jarum tatu dengan bekas suaminya, Tommy Lee.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Brandon, 30, dan Dylan, 28.

Bagaimanapun, dia disahkan bebas daripada Hepatitis C pada 2015 selepas rawatan berkesan untuk penyakit tersebut ditemui pada 2011.

“Saya bebas Hep C pada 2015. Tetapi rawatan itu memakan hampir keseluruhan wang yang saya ada dalam akaun bank,” katanya.

Malah dalam temu bual bersama People pada 2015, dia turut berkongsi mengenai perjalanan panjangnya melawan Hepatitis C.

“Saya rasa sesiapa sahaja yang berdepan dengan penyakit yang dikatakan boleh hidup bersama, ia tetap mempengaruhi banyak keputusan dalam kehidupan.

“20 tahun lalu, mereka memberitahu saya akan meninggal dunia dalam tempoh 10 tahun. Kemudian, selepas 10 tahun berlalu, mereka memberitahu saya boleh hidup dengan penyakit itu dan mungkin meninggal dunia disebabkan perkara lain. Walaupun takut, saya berjaya melewati 20 tahun hidup itu,” katanya.

Mengakui dirinya masih belum pulih sepenuhnya daripada pengalaman perubatan tersebut, Anderson berkata segala dugaan yang dilaluinya telah menjadi pencetus kepada kebangkitan semula kerjayanya dalam industri filem.

Antara karya terbarunya termasuk The Last Showgirl dan The Naked Gun.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

YONEX RUNAWAY TEE

YONEX RUNAWAY TEE

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

Must Watch Video

Advertisement