Sekilas
- Pelakon Indonesia, Rizky Billar, memberi respon terhadap kecaman netizen mengenai warna giginya yang dikatakan kuning.
- Rizky memaklumkan dia telah menjalani prosedur pembersihan gigi (scaling) semasa bercuti selepas menerima kritikan tersebut.
- Dia juga berkongsi kesukaran membersihkan gigi kerana memakai pendakap gigi sebelum ini.
Pelakon Indonesia, Rizky Billar tampil memberikan respon terhadap kecaman yang diterimanya baru-baru ini apabila ada segelintir netizen mengatakan giginya kelihatan kuning.
Rizky menerusi hantaran di akaun Instagramnya memaklumkan dia telah melakukan prosedur pembersihan gigi atau scalling sebaik sahaja mengetahui tentang kecaman itu.
“Memandangkan saya tengah bercuti, saya dah buat scaling, jadi gigi saya dah bersih. Sini maju kau!
“Sengaja betul emoji berbentuk hati kau tu warna kuning, sama seperti warna gigi saya! Walaupun rasanya cuma bertahan seminggu sahaja dengan aku ni,” coretnya.
Sebelum ini, Rizky pernah memberitahu dia mengalami kesukaran untuk membersihkan bahagian dalam mulut dengan betul kerana memakai pendakap gigi.