Skip to main content

Artis Antarabangsa

Dikecam Warganet Kerana Didakwa Tak ‘Mesra Alam’, Cole Walliser Pertahan Jennfier Lopez - “Saya Tak Terasa Langsung”

Jennifer Lopez

Sekilas

  • Jennifer Lopez dikecam warganet kerana didakwa bersikap sombong ketika didekati pengarah Glambot, Cole Walliser, di karpet merah Golden Globe 2026.
  • Video tular menunjukkan Jennifer tidak membalas senyuman atau berbual dengan Cole ketika diminta berposing untuk sesi fotografi.
  • Cole tampil mempertahankan Jennifer di Instagram, menjelaskan suasana sibuk karpet merah menyebabkan selebriti kurang berinteraksi dan dia tidak merasakan Jennifer bersikap kasar.

Penyanyi dan pelakon Hollwood, Jennifer Lopez menerima kecaman teruk daripada warganet yang mendakwa dirinya bersikap sombong terhadap pengarah Glambot, Cole Walliser.

Menerusi satu video yang tular, Jennifer yang kelihatan cantik mengenakan busan berona emas ketika di karpet merah Golden Globe 2026 didekati Cole.

Cole kemudiannya meminta Jennifer yang mesra disapa Jlo untuk melakukan gaya (pose) bagi sesi fotografi dihadapn Glambot yang dibawanya.

Namun, reaksi yang diberikan Jennifer telah membuatkan ramai warganet merasakan bintang dunia itu bersikap sombong terhadap Cole.

“Aksi sombong Jlo ‘caught in 4K’.

“Dia tak bercakap langsung dengan Cole.

“Tak ada senyum, tak ada apa?,” komen netizen.

Melihat kepada kecaman netizen itu, Cole kemudiannya tampil memuat naik video mempertahankan Jennifer menerusi hantaran di Instagram (IG).

Perjelas Cole, dia tidak merasakan Jennifer bersikap sombong kepadanya. Tambahnya lagi, keadaan yang sibuk dan gamat ketika karpet merah membuatkan sesetengah selebriti perlu mengejar masa.

“Saya tak pernah merasakan Jennifer bersikap kasar kepada saya pada ketika itu.

“Dunia ini memang terlalu gila, jadi apabila kurang bercakap, atau memikirkan perkara lain mereka sudah menimbulkan pelbagai spekulasi.

“Sejujurnya, saya tidak mengambilnya secara peribadi,” katanya.

Sumber: TikTok, Instagram

Must-Watch Video

Advertisement