Skip to main content

Artis Antarabangsa

Dikritik ‘Sakit’ dan Penampilan Terlalu Kurus, Ariana Grande Pilih ‘Cuti’ dari Dunia Hiburan

Keputusan itu dibuat ketika penampilan fizikal dan tahap kesihatan penyanyi berusia 33 tahun itu terus menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat serta pengguna media sosial.

Sekilas

  • Ariana Grande akan mengambil cuti selepas menamatkan siri Eternal Sunshine Tour di London pada 1 September untuk beri ruang kepada dirinya selepas berdepan tekanan mengenai penampilan fizikalnya.
  • Wakil Ariana mengesahkan dia dalam keadaan sihat dan berjaya memberikan persembahan berkualiti sepanjang jelajah walaupun menerima kritikan netizen tentang tubuh badannya.
  • Selepas rehat, Ariana dijangka fokus pada projek baru termasuk filem Focker-in-Law bersama Ben Stiller dan Robert De Niro.
Advertisement

Penyanyi sensasi Ariana Grande dilaporkan bakal mengambil cuti daripada dunia hiburan selepas menamatkan siri Eternal Sunshine Tour di London pada 1 September depan.

Keputusan itu dibuat ketika penampilan fizikal dan tahap kesihatan penyanyi berusia 33 tahun itu terus menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat serta pengguna media sosial.

Advertisement

Menurut wakil rasmi Ariana kepada People, penyanyi itu mahu mengundurkan diri seketika daripada sebarang kemunculan awam bagi memberi ruang kepada dirinya selepas berdepan penelitian berterusan terhadap keadaan fizikalnya.

“Grande akan mengurangkan kemunculan di khalayak ramai selepas menamatkan Eternal Sunshine Tour.

"Dia mahu menamatkan jelajah ini dalam keadaan sihat dan gembira sebelum menikmati rehat yang sememangnya layak diterima selepas berdepan penelitian berterusan daripada orang ramai," kata wakil tersebut.

Tambah wakil itu, Grande tetap bersyukur kerana dapat menghabiskan jelajah konsert itu bersama peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

"Jelajah ini adalah pengalaman yang sangat indah buatnya. Dia menyayangi peminatnya dan menikmati setiap detik sepanjang konsert berlangsung," katanya.

Sejak beberapa tahun lalu, penampilan penyanyi dan pelakon itu sering menjadi bahan perdebatan di media sosial, dengan ramai netizen membuat spekulasi mengenai tahap kesihatannya susulan tubuh badannya yang kelihatan semakin susut.

Perbualan mengenai perkara itu kembali hangat selepas video muzik lagu terbaharunya, Petal, dilancarkan pada 31 Julai lalu.

Bagaimanapun, sumber terdekat menegaskan penyanyi itu berada dalam keadaan baik dan sentiasa mengutamakan kesihatannya sepanjang siri jelajah berkenaan.

"Persembahannya sangat mencabar dari segi fizikal dan memerlukan tahap stamina yang tinggi. Namun dia berjaya memberikan persembahan berkualiti pada tahap terbaik setiap malam dalam keadaan sihat," jelas sumber tersebut.

Malah Grande turut disahkan menarik diri daripada pementasan semula muzikal Sunday in the Park with George di West End, London yang sebelum ini dijadualkan berlangsung tahun depan.

Sebelum ini, dia beberapa kali meminta orang ramai menghentikan budaya mengulas tubuh badan seseorang.

Malah menerusi lagu Yes, And? yang dimuatkan dalam album Eternal Sunshine (2024), penyanyi itu secara terbuka menyampaikan mesej supaya orang ramai tidak lagi menghakimi penampilannya.

Sumber sama turut menjelaskan album terbaharunya, Petal, sebenarnya menggambarkan hubungan rumit Grande dengan perhatian umum dan budaya toksik di media sosial, bukannya berkisar mengenai kisah percintaan atau perpisahan.

Selepas menamatkan Eternal Sunshine Tour, dia  dijangka memberi tumpuan kepada tempoh rehat sebelum kembali dengan projek-projek baharu, termasuk filem Focker-in-Law yang turut dibintangi Ben Stiller dan Robert De Niro.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement