Skip to main content

Selebriti

Dikutuk Barua & Acah Suci, Umisya Kecewa, Anak Pun Jadi Mangsa Perlian Netizen - “Saya Manusia Biasa, Ada Hati & Perasaan”

Dikutuk Barua & Acah Suci, Umisya Kecewa, Anak Pun Jadi Mangsa Perlian Netizen

Ringkasan AI

  • Umisya Mazlan luah kecewa dengan dakwaan netizen yang turut menyentuh anaknya.
  • Dia cuba kekal positif dan tunjukkan kehidupan keluarga yang normal demi kebaikan semua.
  • Umisya tegaskan tidak campur tangan dalam hal suami dan poligami.
  • Dia mahu fokus masa depan dan tidak mahu ulang kisah lama rumah tangga.
  • Umisya dan Aslam berkahwin 2020, ada tiga anak, dan kembali rujuk selepas berpisah September 2023.

Personaliti media sosial, Umisya Mazlan meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang melemparkan pelbagai dakwaan terhadapnya.

Perkara yang paling membuatkan isteri pertama kepada pempengaruh, Aslam ini lebih terkilan adalah apabila anaknya juga menjadi mangsa perlian netizen.

“Dalam banyak banyak hentaman dan cacian yang Misya telan dan cuba untuk diam selama ini, ini salah satu antaranya yang buat Misya sedih sangat-sangat sebab anak Misya yang tak kenal dunia lagi pun boleh dikatakan macam ni?

“Misya diam untuk kebaikan semua pihak, Misya sendiri tak suka nak tunjukkan kesedihan, ataupun perkara yang bagi effect negatif dekat mana-mana pihak.

“Jadi denga cara content Misya yang menunjukkan satu keluarga yang normal dan positive adalah untuk kebaikan semua orang.

“Macam mana sedihnya Misya bila anak Misya diperkatakan ayat-ayat yang macam ni? Semoga Allah membuka mata semua pihak untuk lebih padang meluas dan positive. Misya manusia biasa, ada perasaan dan ada hati,” luahnya menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya.

Dalam satu hantaran berlainan, Umisya juga menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah campur tangan dalam yang hal berkaitan suaminya dan poligami.

Malah kata Umisya, dia juga kurang senang apabila konflik berkaitan hal rumah tangganya menjadi perhatian ramai.

“Tak ada kena mengena langsung dengan hal rumah tangga, even Misya sendiri dah tak suka nak bercerita hal rumah tangga.

“Misya tak pernah berbangga dengan apa yang jadi, bahkan, lagi malu dengan dikenali sebagai asbab sekian sekian sekian. 

“Tapi Misya ambil positive dengan hal-hal yang terjadi sekarang ini. Misya pandang kedepan, kalau boleh tak nak toleh belakang lagi dengan peristiwa lama.

“Sebelum poligami atau pun lepas kejadian poligami. Misya bersyukur atas segala yang Allah aturkan untuk Misya sekarang.

“Tapi itulah, bila Misya menerima semua keadaan ni, move on dengan cuba untuk tunjuk kehidupan Misya baik-baik sahaja.

“Untuk anak-anak tengok masa hadapan nanti, bahawa ummi dan papa baik baik sahaja. Menjadi satu kesalahan ditempat Misya sebagai isteri dan ibu ni.

“Dekat sini Misya nak tegaskan, Misya tak pernah meletakkan syarat, tak pernah menyuarakan itu atau ini sebagai isteri, tak pernah Misya yang mengarah segala kejadian dalam rumah tangga,” coretnya.

 

 

Terdahulu, Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada tahun 2020 dan pernah berpisah pada September 2023. Namun, pasangan ini kembali rujuk dalam tempoh iddah.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud,4, Nuh,3 dan Haya yang kini berusia sembilan bulan.

Terdahulu, Aslam turut mengahwini anak kepada aktres Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Must-Watch Video

Advertisement