Sekilas
- Penyanyi dan pelakon Didi Astillah dilamar oleh kekasihnya, Diniey Ng, semasa sambutan malam Tahun Baru 2026 di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru.
- Diniey melutut dan menyerahkan cincin kepada Didi dalam momen yang dikongsi di TikTok sebagai permulaan indah tahun baru mereka.
- Rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah dan doa agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan.
Penyanyi dan pelakon, Didi Astillah memulakan tahun baharunya dengan satu khabar gembira apabila dia dilamar oleh kekasih hatinya, Diniey Ng ketika sambutan malam Tahun Baru 2026 baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok, Didi berkongsi video yang memaparkan momen dirinya dan Diniey yang hadir ke konsert ambang tahun baharu di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru
Diniey kemudiannya dilihat melutut sambil menyerahkan sebentuk cincin sebelum menyarung cincin tersebut ke jadi Didi.
Di ruangan kapsyen, adik kepada selebriti Bella Astillah ini menyifatkan momen tersebut sebagai permulaan 2026 yang indah buatnya.
“Kita mulakan tahun baru ini dengan perkataan YES,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira menzahirkan ucapan tahniah buat Didi dan Diniey.
“Tahniah Didi dan Diniey.
“Semoga dipermudah segala urusan,” komen netizen.
Sumber: TikTok