Skip to main content

Hiburan

Dinilai Selalu Tak Sopan Di Mahkamah, Nikita Mirzani Hadir Pakai Tudung

 Nikita Mirzani

Bintang sensasi Indonesia, Nikita Mirzani diketahui sedang ‘naik turun’ mahkamah terkait kes penipuan, peras ugut dan penggubahan wang haram.

Dia malah sudah beberapa bulan duduk di dalam penjara dan selalu hadir ke mahkamah dengan penampilan yang disifatkan tidak sopan.

Advertisement

Terkini, sewaktu hadir ke mahkamah di Jakarta Selatan untuk membaca dan mendengar hujah perbelaan diri, Nikita tampil berbeza.

Nikita membuat khalayak yang ada di mahkamah terkejut melihat dia bukan sahaja tampil sopan tetapi menggenakan tudung berwarna putih yang disarung seperti selendang di kepala.

Tudung putih yang menutupi sebahagian kepalanya dipadankan cantik bersama baju bunga-bunga dan kasut tinggi seksi berwarna putih.

Sewaktu ditegur tentang penampilannya, Nikita dalam nada bercanda memberitahu tentang keputusan berpakaian sopan.

“Hari ini saya jad Puteri Firaun,” katanya sambil ketawa seperti dilaporkan Kompas.

Wanita yang dijatuhi hukuman penjara 11 tahun kerana kesalahannya itu juga memberitahu mengapa dia memakai selendang di kepala.

“Saya selalu ditegur tidak sopan kalau di mahkamah. Jadi hari ini saya berikan kesopanan,” katanya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement