Sekilas
- Video Nad Zainal memandang suaminya, Ungku Ismail, tular di Threads dan mendapat pujian netizen atas kasih sayang mereka.
- Nad Zainal memberi nasihat tentang perkahwinan yang ada pasang surut dalam komen di hantaran tersebut.
- Nad berkahwin dengan Ungku Ismail pada Januari 2023 dan mereka mempunyai seorang anak, manakala Nad juga mempunyai dua anak dari perkahwinan terdahulu.
Di Threads, tular satu video memaparkan pelakon, Nad Zainal yang memandang suaminya, Ungku Ismail sewaktu sedang diwawancara, baru-baru ini.
Menurut pengguna yang dikenali sebagai @hafidz_idzani gaya pandangan Nad terhadap Ungku Ismail menunjukkan betapa sayang dan cintanya dia kepada suaminya itu.
“The way dia tengok suami dia. Kita boleh nampak betapa sayangnya Nad terhadap Ungku Ismail.
“Susah dah nak jumpa perempuan macam ini di akhir zaman. Satu dalam sejuta,” tulisnya.
Hantaran itu kemudiannya turut mendapat perhatian Nad Zainal yang tampil meninggalkan komen berunsur nasihaf khusus berkaitan dengan soal perkahwinan.
“Insya-Allah, kalian lelaki dan wanita akan jumpa orang yang betul-betul menyenangkan.
“Tapi ingatlah perkahwinan ada pasang surut. Ingat tu,” komen Nad Zainal.
Sekadar info, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail pada 23 Januari 2023 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 10 Oktober tahun yang sama.
Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 sebelum bercerai sekitar September 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua orang cahay mata iaifu
Bersama bekas suaminya, Nad mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 9, dan Budi Kalsom yang kini berusia lima tahun.
Sumber: Threads