Skip to main content

Hiburan

Ditegur Peminat Kerana Disangka Sudah Bersara, Rosyam Nor Mahu Lebih Aktif Warnai Kaca Televisyen

Astro Gempak 349

Sekilas

  • Datuk Rosyam Nor kembali aktif di televisyen selepas menerima teguran orang ramai yang menyangka dia sudah berhenti berlakon.
  • Walaupun jadualnya padat dengan projek filem dan perniagaan, Rosyam kini menerima beberapa tawaran drama TV sambil terus fokus pada filem.
  • Rosyam akan bergandingan semula dengan Rita Rudaini dalam drama terbaru Jiwa Seorang Pentaksub yang dijangka tayang Jun ini di TV3.

Teguran orang ramai yang menyangka dirinya sudah meninggalkan dunia lakonan menjadi pendorong buat pelakon senior, Datuk Rosyam Nor untuk lebih aktif di kaca televisyen.

Menurut Rosyam atau nama lengkapnya Mohamed Nor Shamsuddin, dia sebelum ini lebih memberi fokus kepada filem sehingga kehadirannya di televisyen dilihat semakin berkurangan.

“Memang lama saya meninggalkan TV, hanya fokus kepada beberapa filem sahaja.

“Tapi sampai satu masa orang tegur, mereka tanya ‘Rosyam dah berhenti berlakon ke?’. Saya cakap tidak, saya masih berlakon, cuma nampak macam menghilang,” katanya ketika ditemui pada acara Riang Ria Raya ACGas di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Tambahnya, minat terhadap bidang lakonan menjadi faktor utama untuk kembali aktif meskipun jadual kerja kini semakin padat dan mencabar dengan urusan perniagaanya. 

“Saya rasa ini minat dan kerjaya saya yang meletakkan diri saya di tahap sekarang.

“Sebab itu saya rasa perlu kembali walaupun masa agak ketat dan memenatkan,” ujarnya.

Sehubungan itu, pelakon berusia 59 tahun itu mula menerima beberapa tawaran drama televisyen selain terus aktif dalam projek filem.

Bagaimanapun, Rosyam memaklumkan penglibatannya dalam drama televisyen masih terhad berikutan komitmen terhadap projek filem.

“Untuk TV mungkin satu atau dua projek sahaja, tapi filem alhamdulillah.

“Pada 30 April ini akan keluar filem Pewaris Susuk, kemudian saya akan ke set Blood Brothers 2 dan seterusnya Memoir Seorang Guru 2,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Rosyam turut meluahkan keterujaan apabila kembali digandingkan dengan pelakon Rita Rudaini selepas sekian lama.

“Kali terakhir saya berlakon dengan Rita dalam filem Ballistik (2014), sudah lama.

“Dia antara heroin yang diminati ramai apabila saya muncul dalam drama bersiri sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, mereka bakal muncul bersama dalam drama terbaharu berjudul Jiwa Seorang Pentaksub yang dijangka ditayangkan pada Jun di TV3.

“Saya harap pertemuan semula ini dapat mengubat rindu peminat yang pernah menyukai gandingan kami,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Must-Watch Video

Advertisement