Skip to main content

Selebriti

Dituduh Senang Berniaga Sebab Status Artis, Syatilla Melvin Balas - “Pernah Jadi Kerani, Bagi Flyers Tepi Jalan Tengah Panas…”

Syatilla

Sekilas

  • Syatilla Melvin menegaskan kejayaan perniagaannya bukan semata-mata kerana status selebriti, tetapi hasil usaha keras sebelum bergelar artis.
  • Dia tidak berkecil hati dengan komen netizen yang meremehkan usahanya, sebaliknya menegaskan usaha berterusan penting untuk kejayaan.
  • Syatilla berkongsi pengalaman lampau bekerja sebagai kerani dan memberi flyers di tepi jalan sebelum dikenali sebagai artis.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin menjawab tanggapan segelintir netizen yang mendakwa perniagaan diusahakannya mudah mendapat sambutan hanya kerana dia merupakan seorang selebriti.

Menerusi perkongsian di Threads, Syatilla berkata dia tidak berkecil hati dengan komen itu, namun menegaskan setiap kejayaan yang dikecapinya adalah hasil usaha yang dilalui sebelum bergelar artis.

Malah kata Tilla, status sebagai selebriti sahaja tidak mencukupi untuk menjamin kejayaan tanpa disertai usaha yang berterusan.

Advertisement

“Latest post tilla ramai yang comment “awak tu artis boleh lah, awak artis jual kayu pun org beli, awak artis blaa blaa blaa”… Tilla tak marah pun, sumpah.

“Tapi kalau sekadar artis, tak ada usaha pun tak boleh juga ye kan,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Syatilla juga mengimbau kenangan dirinya mencari rezeki sebelum namanya dikenali.

Kata Tilla, dia pernah bekerja sebagai kerani sementara menunggu pertandingan Dewi Remaja ke peringkat akhir.

“Sebelum nak jadi artis, orang kenal, pahitnya kita sahaja telan.

“Tilla pernah jadi kerani tau sementara nak tunggu dewi remaja final, aku pernah bagi flyers maxis tepi jalan tengah panas.

“Siap kena reject hari-hari, sian, tapi pengalaman tu priceless! Allah maha mengatur. Alhamdulillh untuk sekarang ni,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement