Skip to main content

Hiburan

“Do What You Want, Girl!” - Diana Danielle Bagi Pesanan Padu Pada ‘Pengkhianat’

Diana Daniel

Pelakon Diana Danielle mendedahkan dia pernah dikhianati oleh seseorang dalam industri hiburan.

Namun, Diana mengakui dirinya tidak terkesan dan memilih untuk kekal positif dalam menghadapi ujian tersebut.

Menurut Diana, setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan setimpal.

“Sudah tentu, saya okay dengan itu, buatlah apa yang awak mahu. Kifarah is real,” katanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Raja Dusta itu tidak mendedahkan individu yang telah mengkhianatinya. 

Tambah Diana, dunia hiburan sememangnya penuh persaingan dan insiden seperti itu bukanlah sesuatu yang pelik atau baharu.

“Tak apa, saya rasa bila kita dalam industri ia seperti dalam satu pertandingan dan perkara ini akan berlaku,” tambahnya.

Menjengah ke ruang komen, ramai warganet memuji ketenangan dan kematangan Diana dalam memberi respon terhadap isu tersebut.

“Kalau D masih boleh cool dgn org yg tikam belakang, D got class girl.

“Kenapa I keep repeating playing this 😂. U rite D, Kifarah is real hunneh

“Dia punye gelak.

“Kann.. do what u want girl!

“cos my schedule is too tight to entertain!

“Cool diana jwb tgk cmera cmtu..gelak plk dngr cp sarimah gelak camtu,” tulis netizen

Saksikan episod penuh Tumpah Teh With Sarimah yang bersiaran sebanyak lapan episod bersama tetamu istimewa, setiap Khamis jam 8 malam di semua platform Gempak.

Must-Watch Video

Advertisement