Skip to main content

Artis Antarabangsa

Doktor Mengaku Bersalah ‘Supply’ Ketamin Hingga Sebabkan Kematian Matthew Perry

Matthew Perry

Sekilas

  • Doktor dari California, Dr. Salvador Plasencia, dijatuhi hukuman 30 bulan penjara selepas mengaku bersalah menjual dan memberikan dadah ketamin kepada pelakon Matthew Perry.
  • Dokumen siasatan mendedahkan Salvador menyuntik ketamin kepada Perry di rumah dan tempat letak kereta akuarium serta mengajar pembantu Perry cara membuat suntikan.
  • Selain Salvador, empat individu lain termasuk seorang doktor dan pembantu Perry turut didakwa atas kesalahan sama berkaitan kematian Perry pada Oktober 2023.

Kes kematian pelakon Hollywood, Matthew Perry akhirnya terjawab apabila doktor dari California, Dr. Salvador Plasencia dijatuhi hukuman 30 bulan penjara oleh mahkamah persekutuan.

Keputusan itu dibuat selepas Salvador mengaku bersalah menjual dan memberikan dadah jenis ketamin kepada pelakon yang popular menerusi drama bersiri Friends itu.

Dokumen siasatan turut mendedahkan bahawa Salvador pernah menyuntik dadah jenis ketamin kepada Perry di rumah serta di tempat letak kereta sebuah akuarium.

Bukan itu sahaja, Salvador juga turut menurunkan ilmu kepada pembantu Perry mengenai cara membuat suntikan serta menjual viala tambahan untuk disimpan di rumah.

Dalam prosiding mahkamah yang berjalan, ibu kepada Perry iaitu Suzanne Morrison turut menegur tindakan doktor tersebut yang didakwa memanggil anaknya “moron” dalam mesej teks.

Plasencia kemudiannya memohon maaf kepada keluarga Perry serta mengakui dia mengambil kesempatan ke atas ketagihan Perry kerana mahu menyelamatkan kliniknya yang sedang bergelut,

Selain Salvador, empat lagi individu iaitu seorang lagi doktor, pembantu Perry serta sepasang pembekal ketamin turut didakwa atas kesalahan sama.

Terdahulu, Hollywood dikejutkan dengan berita kematian Perry yang ditemukan tidak bernyawa di dalam jakuzi kediamannya, Oktober 2023.

Sumber: BBC

Must-Watch Video

Advertisement