Skip to main content

Viral

Dr Cardin Nafi Tunggang Kontroversi Puteri Balqis - "Kami Dah Lock Dari Awal"

cardin_pb

Jenama lokal terkenal, Dr Cardin menepis dakwaan netizen kononnya mereka sengaja menunggang kontroversi membabitkan pelakon sensasi Puteri Balqis yang diundang sebagai tetamu sesi 'live' TikTok baru-baru ini.

Menurut Ketua Penjenamaan Dr Cardin, Chong Charl Yee, pihak mereka sudah melakukan perjanjian tersebut sebelum kontroversi membabitkan Puteri Balqis dan Mia Sara tercetus.

"Saya harus jelaskan di sini sebab memang ramai orang tanya tentang perkara ini. Kami sudah 'lock' Puteri Balqis lebih awal. Beberapa hari sebelum sesi 'live' itu berlangsung tiba-tiba dia viral. Kami pun memang tak sangka.

"Sebagai sebuah jenama, saya akui kami agak risau pada mulanya.Tetapi ada hikmah atas apa yang berlaku kerana sesi 'live' tersebut berjaya menarik ramai orang.

"Hasil jualan juga berjaya mencapai sasaran. Banyak barang yang 'sold' out," katanya ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen The Raya Table by Dr Cardin baru-baru ini.

Ditanya bagaimana pengalaman bekerja dengan pelakon berbakat besar itu, kata Charl Yee, Puteri Balqis mempunyai personaliti yang menyenangkan dan sangat profesional.

"Sejujurnya saya terkejut bila semua pekerja saya beritahu tentang sikap sebenar Puteri Balqis. Mereka kata dia seorang yang sangat merendah diri. Dia seorang yang sangat mudah untuk bekerjasama," kongsinya.

Charl Yee juga tidak menolak kemungkinan untuk menjalin kerjasama lagi dengan Puteri Balqis di masa akan datang untuk membintangi kempen koleksi baharu mereka.

Sementara itu dalam pertunjukan fesyen yang berlangsung, Dr Cardin turut memperkenalkan duta kempen raya 2026 mereka iaitu Erysha Emyra dan Hun Haqeem.

Turut dipersembahkan adalah koleksi terkini sempena sambutan hari raya merangkumi beg tangan, kasut tinggi dan sandal untuk digayakan ketika Aidilfitri nanti.

"Untuk koleksi lebaran ini boleh dikatakan 80 peratus produk kami mengfokuskan kepada wanita. Kerana wanita lebih cenderung membeli untuk persiapan raya.

"Jadi untuk koleksi kali ini Dr Cardin menawarkan koleksi beg dan kasut yang lebih elegan sesuai untuk dipakai sewaktu musim perayaan.

"Untuk beg kita ada empat koleksi berbeza iaitu Soraya, Nara, Dumpling Weave dan Araya.

"Koleksi kasut wanita pula kita ada Dewy, Serene, Sera, Lush dan Lush Eve. Untuk lelaki kita ada koleksi sandal Cove Air, Cove Core dan The Air Pillow Flow," kongsinya.

Must-Watch Video

Advertisement