Sekilas
- Dr Hana Rose, isteri kepada pelakon Pablo Amirul, berkongsi rasa syukur atas kebahagiaan yang kini dinikmati bersama suaminya.
- Dia mengimbau perjalanan cinta yang pernah pahit sebelum ini dan menasihati orang ramai supaya memilih pasangan yang menghargai dan menerima diri mereka seadanya.
- Pablo Amirul dan Dr Hana Rose telah sah bergelar suami isteri pada 2 Februari dalam majlis yang diadakan di The Dove Kuala Lumpur.
Isteri kepada pelakon, Pablo Amirul iaitu Dr Hana Rose meluahkan rasa syukur dan diberi peluang untuk melalui fasa bahagia bersama suaminya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Hana mengimbau kembali perjalanan kisah cintanya yang sebelum ini pernah melalui episod pahit.
Namun, kini dia bersyukur apabila dikurniakan kebahagiaan bersama lelaki yang disifatkannya sebagai sangat menghargai dirinya.
“Alhamdulillah, jika dahulu menyaksikan bagaimana akhir pahit cerita cinta saya. Kini menjadi saksi bahagia cerita cinta saya.
“Saya masih orang yang sama, tapi di tangan lelaki yang baik dijaga seperti ratu,” coretnya.
Dr Hana berkongsi perkara itu sebagai respon kepada netizen yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
“Kenapa rasa terharu sangat, semoga hubungan kalian sebagai suami isteri kekal hingga ke syurga Allah SWT. Semoga perkahwinan ikat kukuh ya,” tulis individu tersebut.

Dalam pada itu, Dr Hana juga berpendapat berpesan kepada mereka yang ingin mendirikan rumah tangga untuk mencari pasangan yang menghormati, menghargai dan menerima diri mereka seadanya.
“Pilih la pasangan yang menghargai dan manja mu tidak dianggap berlebihan,” tulisnya.
Terdahulu, Pablo Amirul sah bergelar suami kepada Dr Hana Rose dengan sekali lafaz pada 2 Februari lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini diraikan bersama keluarga dan sahabat handai di The Dove Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.