Skip to main content

Selebriti

Dr Malar Mohon Jangan Caci Anak Muda Cuba Cakap English - “Kalau Dia Baru Mula Nak Cakap Kita Dah Hina…”

Dr Malar Mohon Jangan Caci Anak Muda Cuba Cakap English - “Kalau Dia Baru Mula Nak Cakap Kita Dah Hina…”

Sekilas

  • Dr Malar Santhi menyeru orang ramai supaya tidak menghina anak muda yang berusaha bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun pertuturan mereka belum lancar.
  • Beliau berkongsi pengalamannya sendiri yang mula belajar bahasa Inggeris pada usia 18 hingga 20 tahun dan menegaskan bahasa Inggeris bukan ukuran kecerdasan.
  • Video seorang anak muda yang bertutur dalam bahasa Inggeris secara tidak lancar menjadi tular, dan Dr Malar mengingatkan supaya memberi sokongan dan menghargai usaha mereka.
Advertisement

Pegawai perubatan dan pempengaruh media sosial, Dr Malar Santhi memohon agar orang ramai tidak menghina atau memperlekehkan anak muda yang sedang berusaha untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Malar berkata dia tidak mahu mengulas mengenai isu politik yang diperkatakan individu berkenaan mahupun kritikan terhadap kenyataannya.

Advertisement

Sebaliknya, dia hanya mahu orang ramai melihat usaha anak muda tersebut untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang positif.

“Saya tak nak komen pasal isu politik yang dia cakap dan anda semua kritik, tu saya tak nak komen.

“Tapi kalau anak muda kelahiran tanah air cuba sedaya upaya berbahasa Inggeris, tolong lah jangan caci maki mereka.

“Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda kita dan bukan bahasa kebangsaan kita.

“Untuk adik ni bahasa pertama dia adalah Bahasa Kelantan (yes tu bahasa yang dia cakap dekat rumah).

“Bahasa kedua adalah BM, dan BI bahasa ketiga. Cukup bagus dah budak tu, yang penting mesej sampai dan confident.

“Mungkin wartawan tanya dalam BI, sebab tu dia jawab dalam BI. Kalau dia baru nak mula cakap english, kita dah hina, nanti dia dah tak berani nak cakap BI,” jelasnya.

Dalam satu lagi hantaran, Dr Malar turut berkongsi pengalaman sebagai anak kampung yang hanya mula bertutur dalam bahasa Inggeris ketika berusia sekitar 18 hingga 20 tahun.

Menurut Dr Malar, pada peringkat awal dia juga pernah mengalami kesukaran untuk bertutur dalam bahasa tersebut dengan lancar.

“Korang mungkin lahir lahir dah cakap English berhabuk. Tapi ramai anak kampung macam kami, dah usia 18-20 tahun baru pertama kali cakap english, tergagap gagap, berdebar debar.

“Awal awal tu memang kami broken english, lama-lama baru fasih. Just to clarify, english is just another language, english is not symbol of intelligence. You will fly high adik (takde kaitan politik),” kongsinya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang individu lelaki sedang menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Namun, apa menarik perhatian adalah pertuturannya dalam bahasa inggeris yang dikatakan tidak fasih.

Susulan video tular itu, Dr Malar memohon agar orang ramai tidak memperlekehkan pertuturan anak muda berkenaan.

Hantaran Dr Malar itu juga turut dipersetujui oleh sesetengah netizen yang melihat hal itu sebagai satu perkara positif.

Sumber: Threads @drmalarsanthi_celotehdrmalar

 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement