Skip to main content

Hiburan

DSV ‘Salah Bual’ Dengan Linda Jasmine, Cik B Tampil Mohon Maaf - “Mak Saya Tak Tahu Isu Semasa Sebab…”

Astrogempak LJ

Sekilas

  • Cik B, anak kepada Datuk Seri Vida, memohon maaf atas kenyataan ibunya yang secara tidak sengaja menyentuh isu rumah tangga Que Haidar dan Linda Jasmine.
  • Cik B menjelaskan ibunya tidak mengetahui perkembangan terkini kerana tidak aktif di platform Threads.
  • Que Haidar dan Linda Jasmine disahkan bercerai secara baik selepas 15 tahun berkahwin dan mempunyai dua anak perempuan.

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV)  iaitu Cik B tampil membuat permohonan maaf selepas ibunya difahamkan secara tidak sengaja telah menyentuh isu sensetif berkenaan rumah tangga pelakon Que Haidar dan bekas isteri, Linda Jasmine.

Menerusi potongan video yang dikongsikan di platform Threads, DSV difahamkan berbual mengenai sifat Que Haidar ketika bekerjasama kepada Linda Jasmine.

Bagaimanapun, Cik B menjelaskan bahawa ibunya mungkin tidak mengetahui perkembangan terkini memandangkan tidak aktif di platform tersebut.

“Sorry guys mak saya tak tahu issue semasa sebab dia takde threads,” komen Cik B ringkas.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami situasi tersebut dan meminta Cik B menjauhkan ibunya daripada platform tersebut.

Malah ada juga antara mereka yang memuji DSV kerana dia tidak terlalu ambil tahu mengenai kisah orang lain.

Sekadar info, pelakon Que Haidar dan koreografer Linda Jasmine disahkan bercerai talak satu pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga, berpisah secara baik.  

Hasil perkahwinan pada 14 Februari 2009, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Sumber: Threads 

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement