Skip to main content

Viral

Dua Kali 'KJ' Masuk Hospital, Nilam Ortiz Akhirnya Buka Mulut Status Anak - "Sengaja Saya Rahsiakan Kehamilan Sebab ..."

nilam_anak

Ringkasan AI

  • Pelakon dan usahawan Nur Nilam Ortiz berkongsi keadaan anaknya yang berusia lima minggu dalam siaran langsung TikTok.
  • Bayi yang dikenali sebagai 'KJ' telah dua kali dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam darah.
  • Nilam dan suaminya, Azlan Komeng, memilih merahsiakan kehamilan sejak awal kerana pengalaman keguguran dan tekanan emosi.
  • Tekanan semasa kehamilan dipercayai memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan.
  • Nilam memohon doa agar KJ cepat sembuh dan memberi tumpuan penuh kepada anak keduanya itu.

Pelakon dan usahawan popular Nur Nilam Ortiz mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan keadaan anak yang baru berusia lima minggu dalam sesi siaran langsung di TikTok semalam.

Nilam memaklumkan bahawa bayi yang dirujuk sebagai 'KJ' itu telah dua kali dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam darah.

Pengakuan tersebut sekaligus menjawab persoalan ramai tentang kelahiran bayi itu yang sebelum ini langsung tidak menjadi perhatian umum, selain tindakan Nilam dan suaminya, pelakon Azlan Komeng, yang memilih untuk tidak mendedahkan berita kehamilan sejak awal.

“Ramai tertanya-tanya sejak bila saya mengandung… sedar-sedar saya sudah mempunyai bayi. Saya sengaja merahsiakan kehamilan untuk mengelakkan perkara tidak diingini. Saya pernah melalui keguguran sebelumnya, jadi saya memilih untuk memberi fokus kepada perniagaan dan kemelut rumah tangga tanpa perhatian umum," katanya.

Menurut Nilam, tekanan emosi sepanjang proses kehamilan memberi kesan besar kepada diri dan perkembangan kandungan.

Tekanan tersebut membuatkan kesihatannya tidak stabil dan hal itu berkemungkinan menjadi antara faktor keadaan yang dihadapi bayinya ketika ini.

“Saya bukan sahaja perlu menjaga kandungan, tetapi juga diri sendiri. Namun dalam keadaan penuh tekanan, ia sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan. Kesan itu mungkin menjadi antara punca keadaan anak saya sekarang," tambahnya.

Nilam turut memohon doa orang ramai agar KJ segera sembuh dan kembali sihat.

“Saya mohon doa semua agar ‘KJ’ segera sembuh. Sebagai seorang ibu, saya hanya mahu memberi sepenuh perhatian kepada anak kedua saya ini, tanpa terheret lagi dalam masalah yang tidak membawa kebaikan," ujarnya lagi.

Untuk pengetahuan, KJ merupakan anak pertama Nilam bersama Azlan Komeng selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Nilam juga mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun daripada perkahwinan terdahulu.

Must-Watch Video

Advertisement