Skip to main content

Artis Tempatan

Dua Tahun Berjauhan, Farahdhiya Akhirnya Dapat Peluk Ibu Tersayang - “Saya Tunggu Dengan Penuh Debaran…”

ibu

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen ketika bertemu semula dengan ibunya, Aishah Jeannette Amin, di lapangan terbang baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat Farahdhiya tidak dapat menahan sebak dan memeluk erat ibunya sebaik sahaja wanita itu tiba di Malaysia.

Advertisement

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd)

Dalam perkongsian sama, ibunya juga dilihat menitiskan air mata kerana terlalu rindu selepas lebih dua tahun tidak bersua dengan anak tersayang.

 

“Ibu saya kembali melawat saya, Saya tunggu dengan penuh debaran hampir 2 jam untuk dia keluar semalam. 

“Rasa berdebar macam ada rama-rama dalam perut sebab dah lebih 2 tahun tak jumpa! Rinduu, alhamdulillah akhirnya dia kembali dalam pelukan saya,”tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa sebak dan kagum dengan hubungan erat Farahdhiya bersama ibu bapanya.

“Walaupun ibu bapanya berpisah, Farahdhiya tetap jaga hubungan baik dengan kedua-duanya. Dia tinggal di Malaysia dengan ayah, manakala ibunya di Itali. Kagum dengan cara dia hormat ibu bapa.

“Sedihnya masa dia peluk ibu. Jelas rindu yang terpendam lama

“Dia ni memang lain daripada yang lain. Susah nak jumpa artis yang betul-betul hargai orang tua macam dia,” komen beberapa netizen. 

Must-Watch Video