Sekilas
- Acara Meet and Greet Jakel di Shah Alam menarik ribuan pengunjung yang mahu bertemu Duta Jakel 2026, Que Haidar dan Achey.
- Datuk Red yang muncul sebagai ‘lelaki misteri’ turut mencuri perhatian dan menjadi bualan hangat di media sosial.
- Jakel mengumumkan pelanjutan promosi jualan mega mereka sehingga 14 Disember sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Acara Meet and Greet Jakel yang berlangsung di Jakel Shah Alam semalam berubah menjadi lautan manusia apabila pengunjung membanjiri ruang legar untuk bertemu dua Duta Jakel 2026, Que Haidar dan Achey.
Kemunculan ahli perniagaan Datuk Red sebagai ‘lelaki misteri’ yang diperkatakan sebelum ini turut mencuri perhatian ramai. Kehadirannya bukan sahaja menghangatkan acara, malah menjadikan Datuk Red dan Que Haidar topik perbualan hangat di media sosial sehingga peminat melabel mereka sebagai Duda Hot 2025.
Pelakon tersohor Que Haidar meluahkan rasa kagum dan terharu melihat sokongan padu masyarakat, khususnya warga Shah Alam.
“Saya benar-benar tidak sangka sambutannya semeriah ini. Terima kasih kepada semua yang hadir, bukan sahaja untuk bertemu saya, tetapi kerana terus menyokong jenama tempatan seperti Jakel. Kehangatan hari ini membuktikan hubungan baik antara artis, jenama dan rakyat Malaysia sendiri,” katanya.

Datuk Red pula mengakui aura pengunjung mencetuskan pengalaman yang sangat positif sepanjang sesi itu berlangsung.
“Aura pengunjung hari ini sangat luar biasa. Saya seronok dapat beramah mesra, bergambar dan berkongsi momen positif bersama semua. Ini bukti masyarakat kita sangat supportive dan saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada acara meriah seperti ini,” ujarnya.

Melihat sambutan luar biasa yang tidak putus-putus, Ketua Pegawai Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel, mengumumkan pelanjutan promosi jualan mega Jakel.
“Kami amat berterima kasih atas sambutan luar biasa di Shah Alam hari ini. Melihat keterujaan pelanggan, pihak kami mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh Jakel Crazy Sale Terpaling Murah! sehingga 14 Disember di semua cawangan kami di seluruh negara. Ini adalah cara kami menghargai sokongan berterusan daripada pelanggan setia Jakel,” katanya.
Muzaffar turut menegaskan komitmen Jakel dalam menyediakan busana dan fabrik berkualiti terbaik pada harga mampu milik demi memenuhi keperluan pelanggan di seluruh negara.