Penyanyi, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila tampil membuat persembahan istimewa di majlis resepsi pasangan selebriti, Amira Othman dan Fattah Amin pada Ahad.
Menerusi video yang dikongsikan oleh EH!, pasangan duet serasi itu menyampaikan lagu popular ciptaan Hael bersama Ezra Kong berjudul Hari Ini.
Menariknya, Hael dan Dayang tampil anggun dan segak mengenakan busana serba putih, sekaligus mencetuskan suasana romantik di majlis tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan warganet tidak dapat menahan diri daripada mengusik pasangan duet itu, malah ada yang berseloroh kononnya Hael dan Dayang kelihatan seperti “pengantin sebenar” pada malam tersebut.
“Sapa yang pengantin ni.
“Ececeyy macam bagi hint ni.
“Dah macam HaelYang yang pengantinnya, sweet sangat. Bila turn korang?
“InsyaAllah tunggu giliran HaeYang pulak.
“Tak sabar nak tengok dua ni naik pelamin.
“Next Wedding of the year ke ni?
“Macam majlis Hael & Dayang pulak.
“Cantiknya macam mereka pulak yang pengantin,” komen netizen.
Terdahlu, khabar angin kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa pernah tular apabila kedua-duanya memberi bayangan sudah tidak lagi solo.
Advertisement
Pada Jun lalu, timbul pula dakwaan Dayang sudah bertunang, namun kedua-duanya menafikan dan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar sahabat.