Skip to main content

Hiburan

‘Dulang Boy’ Syed Saddiq Dedah Kisah Di Sebalik Bawa Hantaran Kerusi Urut - “Masa Terima Gambar Dekat WhatsApp…”

‘Dulang Boy’ Syed Saddiq Dedah Kisah Di Sebalik Bawa Hantaran Kerusi Urut - “Masa Terima Gambar Dekat WhatsApp…”

Sekilas

  • Dalam majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq, barisan ‘dulang boy’ membawa masuk kerusi urut dan basikal ‘road bike’ sebenar sebagai hantaran, bukan replika.
  • Shairy Hanapiah yang tidak dalam senarai asal ‘dulang boy’ diminta tolong secara mengejut untuk tolak kerusi urut tanpa latihan terlebih dahulu.
  • Majlis berlangsung lancar dan momen unik itu mencuri perhatian ramai, dengan hantaran lain termasuk mas kahwin, biasiswa, dan pakej umrah.
Advertisement

Antara momen yang mencuri perhatian sewaktu majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam adalah ketika barisan ‘dulang boy’ membawa masuk sebuah kerusi urut dan basikal ‘road bike’ sebenar sebagai hantaran.

Bukan menggunakan replika, gambar atau ‘mock up’, barangan tersebut dibawa sendiri ke ruang majlis sehingga mengundang perhatian serta mencuit hati orang ramai yang menyaksikan siaran langsung.

Tampil berkongsi kisah di sebalik momen tersebut, Shairy Hanapiah yang ditugaskan membawa kerusi urut mendedahkan dia sebenarnya langsung tidak berada dalam senarai asal ‘dulang boy’.

Menerusi Threads, Shairy berkata, dia hanya menerima panggilan pada pukul 11.25 malam sebelum majlis daripada Amira Aisya yang meminta pertolongannya.

“‘Shairy esok boleh tolong team dulang boys tak? Perlukan tambahan untuk tolak kerusi urut. Nanti I send gambar kerusi tu’.

“Masa terima gambar dekat WhatsApp, saya dah tergelak sendiri. Apa gilalah Syed Saddiq ini,” tulisnya.

Menurut Shairy, Syed Saddiq memang mahu barangan sebenar dibawa masuk sebagai hantaran dan bukannya sekadar simbolik menerusi gambar atau replika.

“Dia tak nak guna mock model atau gambar. Dia nak tunjuk the real one!

“Tapi saya yang memang sentiasa dalam ‘ready mode’ bersetuju untuk bantu, lebih-lebih lagi untuk tolong Amira melancarkan urusan majlis Saddiq dan Bella,” katanya.

Tambahnya, cabaran lebih mendebarkan apabila dia tidak sempat menyertai sebarang sesi latihan sebelum majlis berlangsung.

“Saya tak sempat join any rehearsal pun. Semuanya impromptu!

“Perkara paling debar dalam hati tadi, ‘Janganlah aku tersangkut dekat tengah-tengah laluan tu nanti. Tengah live ini, malu woo’,” selorohnya.

Bagaimanapun, semuanya berjalan lancar dan momen tersebut akhirnya menjadi antara yang mencuri perhatian sepanjang majlis berkenaan.

“Alhamdulillah semuanya lancar dan satu Malaysia terhibur serta gelak,” katanya.

Terdahulu, kerusi urut dan ‘home gym’ merupakan antara tujuh hantaran pihak Syed Saddiq kepada Bella, selain perlindungan insurans, mas kahwin bersama cincin dan Gunung Emas Kinabalu, biasiswa sarjana, KWSP i-Simpan, ‘road bike’ serta beg tangan, kasut dan pakej umrah.

Bella dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Merdeka 118 Precinct.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

YONEX MACH 3 Series Badminton Shoes ( ADULT ) | TruShape | Hexa-Grip | Double Mesh

YONEX MACH 3 Series Badminton Shoes ( ADULT ) | TruShape | Hexa-Grip | Double Mesh

Vans Mens Zahba Vans Family Shoes

Vans Mens Zahba Vans Family Shoes

Must Watch Video

Advertisement