Skip to main content

Konsert

Dulu Peminat, Kini Insomniacks Bakal Buka Tirai Konsert 5 Seconds Of Summer!

ASTRO GEMPAK insomniacks (1)

Apa yang bermula sebagai kekaguman terhadap muzik 5 Seconds of Summer (5SOS) lebih sedekad lalu, kini bertukar menjadi kenyataan buat kumpulan pop-rock tempatan, Insomniacks.

Band yang dianggotai Iskandar, Danial dan Iqie itu diumumkan sebagai artis pembuka tirai konsert 5 Seconds of Summer yang bakal berlangsung selama dua malam pada 17 November dan 4 Disember 2026.

Bagi peminat setia Insomniacks, hubungan antara kumpulan itu dan 5SOS sememangnya bukan sesuatu yang asing. Malah, antara lagu terawal yang pernah mereka bawakan ialah karya popular 5SOS seperti 'Broken Home' dan 'Amnesia'.

Menurut penganjur konsert, Sufi Rashid, pemilihan Insomniacks bukan sahaja berdasarkan populariti semasa, malah turut dipengaruhi persamaan identiti muzik dan perjalanan seni kedua-dua kumpulan tersebut.

"Kalau kita lihat perjalanan mereka, karakter, persembahan pentas dan muzik mereka sememangnya mempunyai sedikit sebanyak pengaruh daripada 5 Seconds of Summer.

"Malah ramai peminat Insomniacks membesar dengan muzik 5SOS dan turut menjadi peminat mereka. Sebab itu saya rasa hubungan antara kedua-duanya sangat organik dan cukup istimewa untuk peminat di Malaysia," katanya.

Tambah Sufi, lagu 'Amnesia' antara karya 5SOS yang paling dekat dengan perjalanan awal Insomniacks dan masih menjadi antara lagu yang sering dikaitkan dengan kumpulan tersebut.

"Tentu sekali 'Amnesia' sebab lagu itu antara lagu 5SOS paling hit dan ramai peminat Insomniacks yang relate lagu ini dengan mereka," katanya.

Mengulas mengenai cabaran membawakan lagu artis antarabangsa yang sudah mempunyai pengaruh besar, Sufi berkata aspek kualiti dan penerimaan peminat menjadi keutamaan.

"Cabarannya bila nak cover lagu daripada artis yang sangat popular adalah untuk pastikan kualiti itu setanding dengan jangkaan peminat mereka.

"Tapi dalam kes Insomniacks, mereka benar-benar melakukan tugas yang sangat baik. Sampai hari ini ramai masih ingat bagaimana mereka mengidolakan 5SOS," katanya.

Menurut Sufi, karya-karya cover yang pernah dihasilkan Insomniacks juga memainkan peranan penting dalam memperkenalkan muzik mereka kepada khalayak yang lebih luas.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan untuk melihat kedua-dua kumpulan berkongsi sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang.

"Kalau kolaborasi ini menjadi kenyataan, sudah tentu saya nak tengok Insomniacks berada di atas pentas yang setanding dengan 5SOS.

"Mereka ada citarasa muzik yang hampir sama dan saya percaya mereka mempunyai kemampuan untuk berdiri sebaris, malah mungkin mencipta identiti mereka sendiri yang lebih besar," katanya.

Dalam masa sama, Sufi menyifatkan peluang membuka tirai konsert 5 Seconds of Summer sebagai sesuatu yang sememangnya layak diterima oleh Insomniacks selepas perjalanan panjang mereka dalam industri.

"It's their dream and they deserve it," katanya.

Menurutnya lagi, kejayaan Insomniacks hari ini membuktikan bahawa inspirasi daripada artis antarabangsa tidak semestinya menghilangkan identiti sendiri.

"Tak salah untuk jadikan artis antarabangsa sebagai inspirasi dari segi muzik dan persembahan. Tetapi jangan terlalu mengikut sehingga hilang identiti sendiri.

"Dalam kes Insomniacks, walaupun mereka bermula dengan cover lagu 5SOS, mereka tetap berjaya membina identiti mereka sendiri. Hari ini orang mengenali mereka bukan sekadar sebagai band yang cover 5SOS, tetapi sebagai sebuah band dengan lagu, gaya, personaliti dan identiti tersendiri," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement