Skip to main content

Hiburan

“Dulu Tarikh Lahir Jadi Memori Hitam, Kini Jadi Hari Bahagia” – Lepas Umum Bakal Nikah, Netizen Throwback Kisah Hidup Fattah Amin

fattah

Pengumuman pelakon, Fattah Amin bakal menamatkan zaman duda bersama penyanyi Amira Othman pada 14 September depan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.
 

Ada yang tumpang gembira, malah tidak kurang juga netizen yang membuat ‘throwback’ mengenai kisah rumah tangga Fattah bersama bekas isterinya, aktres Nur Fazura yang berakhir tahun lalu.
Menurut seorang pengguna media sosial, tarikh ulang tahun kelahiran Fattah yang jatuh pada 14 September sebelum ini pernah meninggalkan kenangan pahit apabila dikaitkan dengan permohonan cerai oleh Fazura.

Advertisement

“Tahun lepas 14/9 bday Fattah jadi memori hitam, tarikh ex wife failkan cerai dekat mahkamah. Tahun ni 14/9 terlakar memori baru,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi pengguna platform sama turut menitipkan kata-kata positif dengan mengaitkan perjalanan hidup Fattah sebagai satu ujian dan takdir.

“Sebuah kisah yang mengajarkan erti sabar dan takdir. Pada bulan yang sama, setahun yang lalu, Fattah diuji. Pada bulan yang sama, tahun ini, Fattah dikurniakan kebahagiaan,” tulisnya.

Sebelum ini, teka-teki mengenai status hubungan pelakon popular itu akhirnya terjawab apabila Fattah dan Amira mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September depan.

Tarikh istimewa itu dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin yang bakal genap berusia 35 tahun.

Untuk rekod, Fattah membuat kejutan dengan melamar Amira pada sebuah acara apabila muncul dari belakang pentas ketika penyanyi itu sedang berduet bersama adiknya, Irfan Haris menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Rasa & Takdir.

Sebelum ini, gosip mengenai Fattah bakal menamatkan zaman duda hangat diperkatakan di media sosial selepas seorang pengguna Threads mendakwa mendapat maklumat tersebut daripada sumber dipercayai.

Fattah pernah berkahwin dengan Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Sumber:Threads

Must-Watch Video

Advertisement