Skip to main content

Hiburan

“Dulu TTC Sama Nelydia, Sekarang Saya Seorang Belum Ada Anak” - Aprena Manrose

Aprena Manrose

Sekilas

  • Pelakon Aprena Manrose berkongsi pengalamannya melalui fasa mencuba untuk hamil bersama sepupunya, Nelydia Senrose, di Threads.
  • Aprena meluahkan rasa sedih kerana masih belum dikurniakan cahaya mata, berbeza dengan sepupunya yang sudah beranak-pinak.
  • Perkongsian Aprena mendapat perhatian netizen yang mendoakan agar impiannya untuk bergelar ibu tercapai suatu hari nanti.

Pelakon, Aprena Manrose menyorot perhatian apabila meluahkan isi hatinya mengenai perjalanan dirinya untuk mendapatkan zuriat.

Menerusi ciapan di Threads, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman memaklumkan sebelum ini dia pernah melalui fasa mencuba untuk hamil (TTC) bersama sepupunya yang juga pelakon, Nelydia Senrose.

“Hi threads pipol! Nak meluah jap. Dulu saya and Nely (Nelydia) sama-sama TTC. Kita kuatkan sesama kita,” luahnya.

Aprena kemudiannya meluahkan rasa pilu kerana hanya dirinya seorang dalam kalangan sepupu yang masih belum dikurniakan cahaya mata.

“Now tinggallah saya sorang je yang belum ada rezeki anak. Semua cousins dah beranak pinak. Saya bila lagi ya Allah?” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai netizen yang rata-ratanya berdoa agar impian Aprena untuk bergelar ibu satu hari nanti akan tercapai.

Terdahulu, Nelydia mengumumkan berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak pertama.

Menurut pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu, dia menganggap kehamilan itu sebagai hadiah paling bermakna bersempena ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh bersama suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Halim.

Untuk rekod, Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila sah bercerai pada Jun 2025.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must-Watch Video

Advertisement