Skip to main content

Hiburan

Dunia Lakonan Tak Semudah Disangka, Ezzanie Jasny Kongsi Cabaran Sebenar Jadi Pelakon - “Ada Hari Nak Buat Scene Menangis Pun Susah…”

ASTROGEMPAK Ezzanie Jasny

Sekilas

  • Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi bahawa dunia lakonan bukan mudah, terutama babak emosi yang memerlukan tenaga mental dan fizikal yang tinggi.
  • Dia menjelaskan kesukaran menukar watak kerana keletihan sehingga kadang-kadang sukar membezakan antara diri sendiri dan karakter lakonan.
  • Walaupun penat, Ezzanie dan rakan-rakan pelakon tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk penonton setiap kali berlakon.
Advertisement

Pelakon Ezzanie Jasny mengakui dunia lakonan bukan semudah yang disangkakan malah ada ketika dia sendiri mengalami kesukaran untuk melakukan babak melibatkan emosi.

 

Advertisement

Menurut Ezzanie, situasi itu bukan berpunca daripada kegagalan menjiwai karakter, sebaliknya kerana keadaan tubuh dan mental yang sudah terlalu penat sehingga membuatkan dirinya keliru dengan watak yang dibawa.

 

“Orang selalu nampak berlakon ni macam senang, tapi sejujurnya… tidak. Ada hari, contoh, nak buat scene menangis pun jadi susah. Bukan sebab tak feel karakter, bukan sebab jiwa tu tak ada.

 

“Tapi mungkin diri sendiri dah terlalu penat. Macam tak kenal mana satu diri sebenar, dan mana satu ‘karakter’ tu. Seperti badan anda menjadi keliru,” katanya menerusi Threads. 

 

Tambahnya lagi, proses menukar daripada satu karakter ke karakter lain juga bukan sesuatu yang mudah seperti yang dilihat ramai, malah ia boleh menjadi sangat memenatkan.

 

Bagaimanapun, Ezzanie berkata dia dan rakan seperjuangan dalam bidang yang sama tetap melakukan yang terbaik untuk para penonton. 

 

“Bila kena tukar dari satu karakter ke karakter lain, ia tidak semudah yang kita lihat. Kita bawa rasa itu, kita tinggal sikit diri kita dalam setiap cerita. Kadang kala, ia meletihkan anda lebih daripada yang orang sedari. 

 

“Sekarang tengah nak habiskan satu drama, dan dalam 15 hari saya akan melangkah ke dalam cerita lain yang lagi berat. Saya berbohong kalau cakap tak risau dan saya hanya ada empat hari untuk bertukar menjadi watak yang sama sekali berbeza.

 

“Tetapi pada penghujung hari, tidak kira betapa letihnya kami, kami tetap muncul. Kami masih mencuba. Kami masih memberikan yang terbaik… untuk anda yang menonton,” kongsinya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

ASICS Netburner Professional FF 4 Women Netball Shoes In Pearl Pink/Morganite

ASICS Netburner Professional FF 4 Women Netball Shoes In Pearl Pink/Morganite

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

Must Watch Video

Advertisement