Skip to main content

Hiburan

Edika Yusof Titip Kata-Kata Manis Sempena Ulang Tahun Kelahiran Isteri - “22 Tahun Di Sisi, Saya Tetap Cinta & Sayang Awak Setiap Hari”

Edika Yusof

Ringkasan AI

  • Pelakon Edika Yusof berkongsi momen sambutan ulang tahun kelahiran isteri, Nor Hidayah Yusri, di sebuah restoran.
  • Edika menitipkan ucapan penuh kasih sayang sempena ulang tahun ke-22 mereka bersama sebagai suami isteri.
  • Hidayah kelihatan ceria meraikan hari istimewa itu bersama keluarga tercinta.
  • Netizen memberikan sokongan dan doa agar perkahwinan mereka kekal bahagia walaupun pernah melalui perceraian.
  • Edika dan Hidayah berkahwin sejak 2004 dan dikurniakan dua cahaya mata, serta pernah bercerai sebelum rujuk semula.

Pelakon, Edika Yusof berkongsi momen dirinya menyambut ulang tahun kelahiran isteri, Nor Hidayah Yusri di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian di TikTok, jelas terpampar keceriaan di wajah Hidayah yang turut meraikan ulang tahun tersebut bersama keluarga tercinta.

Di ruangan kapsyen, Edika sempat menitipkan ucapan istimewa buat Hidayah yang telah menjadi suri hidupnya selama 22 tahun.

“Selamat hari lahir, sayangku. 22 tahun bersama, saya masih sayang dan cintakan awak setiap hari.”

“Awak adalah jiwa dan raga saya, penyebab untuk saya terus kedepan.”

“Semoga Allah kurniakan awak ketenangan, kekuatan dan rahmat yang berpanjangan. Selamanya untuk awak, Nor Hidayah Yusri,” kongsi Edika Yusoff.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat perkongsian tersebut dan mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Hidayah memfailkan perceraian terhadap Edika pada pertengahan Februari lalu.

Mereka kemudiannya sah bercerai talak satu pada 5 Mei 2025 sebelum memilih untuk rujuk kembali ketika tempoh idah.

Untuk rekod, Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement